in , ,

Syazwan Zulkifly Putus Tunang, Kini Dah Ada Pengganti

Sebelum ini, pelakon Syazwan Zulkifly telah mengikat tali pertunangan dengan pramugari, Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos tahun lalu. Namun segalanya dikhabarkan musnah apabila gambar pertunangan mereka telah dipadam di laman Instagram masing-masing.

Menguatkan lagi dakwaan ini, Syazwan yang popular menerusi drama Cinta Tanpa Henti ini tidak lagi mengikuti akaun Instagram tunangnya “@sya.zulkifli”. Malah perkara yang sama juga turut dilakukan Syawariah apabila akaun Syazwan juga didapati tiada dalam senarai pengikutnya di laman berkenaan.

Namun keadaan ini lebih hangat diperkatakan apabila Syazwan telah memuat naik gambar bersama perempuan lain di akaun instagramnya.

Syazwan Zulkifly Putus Tunang, Kini Dah Ada Pengganti

Biarpun lebih 10 tahun mengenali tunangnya, ikatan ini dikhabarkan terputus di tengah jalan.

Terdahulu, menerusi siaran langsung di Instagram “IG live” ada pengikutnya turut bertanya berkenaan status terkini Syazwan, namun beliau dikatakan langsung tidak mengendahkan soalan berkenaan seolah-olah takut untuk memberi jawapan terhadap ajukan tersebut.

Bekas Tunang Buat Pengakuan di Instagram

Pada hari ini, tunang kepada pelakon Syazwan Zulkifly iaitu Sya Zulkifli mengesahkan ikatan pertunangan mereka telah berakhir pada hujung Mac lalu.

Syazwan Zulkifly Putus Tunang, Kini Dah Ada Pengganti
Sya sahkan hubungan pertunangan mereka telah berakhir.

Menurut Sya atau nama sebenar Syawariah Zulkifli, 32, punca perpisahan mereka itu hanya diketahui keluarga dan menganggap tiada jodoh untuk mereka meneruskan perkahwinan.

Saya tahu banyak pihak yang tertanya tentang kepastian dari artikel ini.

Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 March 2020.

“Saya sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri.

Dan hal ini cuma diketahui oleh pihak keluarga sahaja.

“Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan… saya anggap sudah tak ada jodoh dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini,”

– IG Sya Zulkifli

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan artikel gosip mengatakan hubungan pertunangannya dengan pelakon filem Juvana itu telah berakhir.

Berita itu mula dihidu selepas aktor itu memuat naik foto mesra bersama wanita lain di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, dia bertindak memadam foto berkenaan beberapa jam kemudian.

Syazwan mengikat tali pertunangan dengan pramugari itu pada 2 September tahun lalu.

Syazwan Zulkifly Putus Tunang, Kini Dah Ada Pengganti

Dalam pada itu, Sya berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai foto pelakon itu bersama wanita lain seperti yang tular di media sosial.

Malah, dia mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu serta berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.

“Isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk dia.

“Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada dengan saya dan terima kasih juga kepada yang mendoakan saya,” ujarnya.

Budiey pun tak tahu nak komen macamana sebab ini semua jodoh yang dah ditetapkan. Mungkin ada pengganti yang lebih baik. Nama mereka ni pun lebih kurang sama je kan. Mungkin ini tak berapa nak sesuai dan serasi ke macamana?

Sumber: Instagram Sya & mStar 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siaran Percuma 70 Filem Rajinikanth di Astro & Astro GO

Akhirnya Pintu Masjid Nabawi Sudah Dibuka, Ini SOP Yang Ditetapkan