in , ,

Siaran Percuma 70 Filem Rajinikanth di Astro & Astro GO

Nikmati filem-filem terhebat Rajinikanth di Rajini70 HD (saluran 100) dari 1 – 30 Jun. Siaran percuma untuk tujuh puluh filem Rajinikanth di Astro dan Astro GO

Peminat-peminat pelakon legenda, Rajinikanth, boleh menikmati siaran percuma untuk tujuh puluh filemnya yang terhebat di saluran baru, Rajini70 HD (saluran 100) dari 1 hingga 30 Jun 2020. Saluran sementara baru ini dilancarkan sempena hari jadinya yang ke-70 tahun ini.

Pelanggan Astro boleh juga menikmati lebih rancangan Tamil dalam HD dengan pengenalan Zee Tamil HD (saluran 235), Astro Vaanavil HD (saluran 201) dan saluran sementara baru, Rajini70 HD (saluran 100) di TV dan Astro GO dari 1 Jun 2020. Dengan penambahan saluran-saluran ini, maka pelanggan kini mendapat 9 saluran India HD.

Peminat-peminat boleh menonton filem pertama Rajinikanth, Apoorva Raagangal, sehingga ke filemnya yang terkini, Darbar, di Astro bersama keluarga atau di Astro GO, dimana sahaja, pada bila-bila masa. Filem-filem Rajinikanth yang turut ditawarkan melalui Rajini70 HD (saluran 100) termasuklah Moondru Mudichi, 16 Vayathinile, Kavikuyil, Avargal, Bairavi, Mullum Malarum, Thalapathi, Kabali, Muthu, Baashha, Padaiyappa dan banyak lagi.

Tambahan kepada saluran Rajini70 HD (saluran 100), Astro memperkenalkan dua lagi saluran HD, iaitu, Zee Tamil HD (saluran 235) dan Astro Vaanavil HD (saluran 201), yang akan menawarkan hiburan yang berkualiti tinggi serta relevan bagi pelanggan-pelanggan. 

Zee Tamil HD (saluran 235), salah satu daripada saluran Tamil yang paling terkenal di India akan menawarkan hiburan berkualiti tinggi termasuk Sa Re Ga Ma Pa Lil Champs S2Comedy Gangsters, dan juga rancangan permainan, masakan, kepelbagaian, dan siri-siri drama. 

Zee Tamil HD (saluran 235) akan ditempatkan di Pek Chakravarthy, dimana pelanggannya dapat menikmati pengalaman hiburan berkualiti tinggi bersama saluran-saluran Star Vijay (saluran 232) dan Color Tamil HD (saluran 233), yang juga merupakan antara saluran-saluran Tamil yang paling terkenal di India. 

Astro Vaanavil HD (saluran 201) pula akan memperkenalkan lebih banyak lagi hiburan tempatan termasuk drama baru, Tamiletchumy, yang menampilkan pemerkasaan wanita; siri kesihatan dan perubatan baru, Nalam Ariya Aaval; serta hiburan tempatan lain termasuk filem, telefilem, drama, filem pendek, dan juga siri tempatan dalam loghat India selain Tamil, seperti Malayalam dan Telugu. 

Untuk menikmati pengalaman HD yang sejernih kristal, pelanggan-pelanggan yang masih menggunakan kotak bukan HD, boleh menaiktaraf ke kotak HD tanpa sebarang caj atau kontrak baharu, melalui saluran 200 atau melalui 03-9543 3838. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada www.astro.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Cerita Upin & Ipin Bikin Kecoh, Fizi Akan Tampil Minta Maaf

Syazwan Zulkifly Putus Tunang, Kini Dah Ada Pengganti