in

Syazuwan Hassan DFKL Melengkapkan Senarai Contender Separuh Akhir PERANG BIBIR

Bahang separuh akhir kian terasa! Pusingan kelayakan terakhir (episod lapan) telah menyaksikan bakat baharu, Syazuwan Hassan DFKL menewaskan Raja Afiq dan Adeline Tsen sekaligus melengkapkan senarai contender Perang Bibir separuh akhir yang terdiri daripada Syazwan Zulkifly, Mawar Rashid, Zulin Aziz, Neera Azizi, Izreen Azminda, Hafeez Mikail, Reen Rahim, dan tidak ketinggalan Ryzal Jaafar yang turut berperang dengan tiket sebagai peserta wild card.

Lip game - Teka Lagu

Bertemakan ‘Kenangan Lalu Mengusik Jiwa’ di episod kelapan yang telah bersiaran pada 20 April, Syazuwan Hassan, Raja Afiq dan Adeline Tsen mempersembahkan lagu-lagu popular yang pernah menjadi siulan orang ramai pada tahun 90an. Pada mulanya, Syazuwan tidak risau kerana dia boleh menari dan menyanyi tetapi dia sukar menghafal lirik dan gerakan tari pada masa yang sama. Tambahan pula, gerakannya seperti robot semasa membuat latihan bersama penari, Usaha Syazuwan tidak sia-sia apabila dia bukan sahaja menang pusingan pertama menerusi lagu popular KRU, ‘Awas’, malah dia juga menang dua lip games dan segmen akhir sehingga menjuarai minggu kelapan tersebut.

Ryzal Jaafar turut bersaing sebagai peserta wild card

Di segmen persembahan lip sync bertema, Adeline Tsen memberikan persembahan penuh magis dengan lagu Elite, ‘Tamparan Wanita’. Manakala Raja Afiq yang mengalami kecederaan di kakinya tetap komited untuk membuat yang terbaik demi menghiburkan para peminat menerusi lagu popular Britney Spears, ‘…Baby One More Time’.

Dua lip games yang diberikan pada minggu lalu ialah ‘Teka Lagu’ dan ‘Tiupan Tisu’. Mereka perlu meneka tajuk lagu dan penyanyi berdasarkan lirik lagu yang dibacakan secara puitis atau menyanyi dengan melodi yang berbeza. Syazuwan berjaya mengumpul 50 markah untuk pusingan ini, diikuti dengan Raja Afiq yang mendapat 25 markah.

‘Tiupan Tisu’ pula mencabar para contender meniup kertas tisu ke tempat sasaran yang akan memberikan markah yang berbeza, Sekali lagi, Syazuwan muncul sebagai pemenang dan dia berjaya mendapat empat tong besar sebagai props untuk kelab peminatnya bersorak di pusingan akhir.

Segmen terakhir dihiburkan dengan persembahan lip sync spontan di mana Syazuwan telah menyampaikan lagu popular PSY ‘Gentleman’, Adeline Tsen dengan lagu Ayda Jebat ‘Pencuri Hati’ dan Raja Afiq dengan lagu Black ‘Anugerah Terindah’.

Minggu ini, para peminat akan terhibur dengan pusingan separuh akhir. Nantikan persembahan daripada Syazwan Zulkifly, Mawar Rashid dan Zulin Aziz di Perang Bibir Separuh Akhir 1 yang bertemakan ‘Irama Malaysia’. Teruskan menonton Perang Bibir pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam di TV9 dan juga menerusi portal video Nombor Satu Malaysia, www.tonton.com.my.

Sidang produksi Perang Bibir diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit.

Contender Perang Bibir episod 8 - Raja Afiq, Adeline Tsen & Syazuwan Hassan

'Tamparan Wanita' - Adeline Tsen

'Awas' - Syazuwan Hassan

'...Baby One More Time' - Raja Afiq

Adeline Tsen

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Gunakan hash tag #PerangBibir untuk menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop Juara Mingguan, Balqis & Along Tak Jadi Disingkir

AirAsia Cipta Sejarah Flight Antarabangsa Pertama Mendarat di Bhubaneswar, India