in , , ,

Syarul Ridzwan & Cristina Suzanne Dalam PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR

Takdir telah menemukan dua insan yang seiras tetapi mempunyai haluan hidup yang berbeza. Namun, suatu tragedi bakal mengubah hidup Laila yang sering dihimpit kemiskinan dan juga diancam dengan sikap bekas suami yang kuat berjudi. Adakah Laila akan mengambil kesempatan itu untuk mengubah nasibnya?

Ikuti kisah hidup Laila lakonan Cristina Suzanne dalam drama bersiri terbaharu “Puteri Bukan Nama Sebenar” menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Filmscape ini merupakan arahan oleh Azma Aizal Yusoof, nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar telah menemui penonton TV3 bermula pada 27 Mac 2015.

Laila (Cristina Suzanne), seorang ibu tunggal dengan anaknya, Adam yang baru berusia tiga bulan terpaksa meninggalkan rumah kerana terancam dengan sikap bekas suaminya yang kuat berjudi dan sering berhutang. Laila telah berkenalan dengan Puteri (Effi Abdul Rahim) yang seiras dengannya.

Syarul Ridzwan & Cristina Suzanne Dalam PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR

Saksikan Drama Bersiri PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR Lakonan Mantap Syarul Ridzwan & Cristina Suzanne Setiap Hari Jumaat, Pukul 9.00 Malam

Puteri yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail (Hafeez Mikail) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha (Faralyna Idris), anak hartawan yang bijak tetapi pendengki.

Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri telah menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.

Syarul Ridzwan & Cristina Suzanne Dalam PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR

Malangnya, bas ekspres yang dinaiki oleh Laila dan Puteri terlibat dalam kemalangan. Puteri dan kandungannya terkorban. Laila telah membuka beg tangan Puteri untuk mencari maklumat keluarga mertua Puteri tetapi cuma ada alamat rumah. Jadi, Laila telah membawa Adam untuk mencari keluarga mertua Puteri di Kuala Lumpur.

Laila telah dianggap sebagai Puteri selepas ibu Mikail, Puan Zarina (Aida Khalida) melihat cincin dan rantai yang dibawa oleh Laila. Laila cuba berterus-terang tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati Zarina yang kehilangan 3 orang dalam keluarganya apabila melihat kegembiraan Zarina. Laila membuat keputusan untuk terus jadi ‘Puteri’ dan akan mencari masa yang sesuai untuk menceritakan hal yang sebenar nanti.

Mirza (Syarul Ridzwan), abang kepada Mikail ialah seorang yang kacak tetapi ego. Mirza menganggap ‘Puteri’ sebagai pisau cukur dan tidak menyukai ‘Puteri’. Malahan, Mirza juga mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘Puteri’ yang berasal dari Johor tetapi bercakap dalam loghat Pahang.

Lama-kelamaan, Mirza dan “Puteri’ mula serasi dan menjadi rapat. Sebelum Mirza mengungkap cintanya kepada Puteri, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita bahawa Mikail masih hidup dan akan pulang ke tanah air. ‘Puteri’ menjadi serba salah kerana dia bukan Puteri yang sebenar. Malah, ‘Puteri’ juga telah jatuh cinta dengan Mirza. Apabila rahsia ‘Puteri’ terbongkar, masihkah ada cinta dan kebahagiaan untuk dia?

Ingin tahu apakah bakal terjadi antara Laila, Mirza dan Mikail? Teruskan menonton Puteri Bukan Nama Sebenar menerusi slot Zehra lakonan Cristina Suzanne (Puteri/Laila), Syarul Ridzwan (Mirza), Faralyna Idris (Alisha) dan Hafeez Mikail (Mikail) pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Syarul Ridzwan & Cristina Suzanne Dalam PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR

Syarul Ridzwan & Cristina Suzanne Dalam PUTERI BUKAN NAMA SEBENAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ariana Grande ONE LAST TIME Gazzo Remix

2015 BTS Live Triology In Malaysia Episode II The Red Bullet