in , ,

Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan

Belum reda isu keretakan rumah tangga dan saman terhadap selebriti Youtuber, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof membuat laporan polis mengenai ancaman diterima menerusi laman Instagram di Balai Polis Taman Melawati, petang tadi.

Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof menerima mesej berbaur ugutan dan ancaman terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36, berkata, mesej dihantar individu yang menggunakan akaun bernama Velvetblack itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes saya menerima ugutan berbentuk ancaman. Sebenarnya sebagai selebriti, saya sudah biasa menerima komen negatif dan kata-kata ugutan.

“Tapi kali ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada DM (direct message) bernama Velvetblack.

Selain peminat, haters ada juga menghantar mesej kepada saya tapi saya tidak ambil port (ambil kisah).

“Saya tak pasti orang tu hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya menyedari mesej tersebut. Saya tidak tahu agenda dia samada dia musuh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melampau sebab itu saya ambil tindakan ini,”

– Syamsul Yusof

Syamsul ditemui ketika sidang media selepas dia membuat laporan polis terhadap akaun tersebut di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa.

Anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut ditemani dua orang penguam dari Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan
Perkara ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri

Menerusi laporan mStar pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa berang apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur fitnah sebuah saluran YouTube.

Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku curang terhadap isteri, Puteri Sarah adalah fitnah.

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah.

Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan
Syamsul menunjukkan bukti mesej yang diterima di laman sosial.

Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem Munafik ini menegaskan dia akan terus mencari individu di sebalik akaun itu bagi mencari penyelesaian jika ada perkara-perkara berbangkit melibatkan dirinya.

Syamsul juga mengajak individu tersebut berdepan dengannya secara bertentang mata tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya.

Syamsul Yusof Buat Laporan Polis Selepas Terima Ugutan

“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugutan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu melibatkan anak dan isteri. Saya mati pun tak apa, anak jangan sentuh. Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak kalau tiada bukti. Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.

“Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur ugutan dan ancaman. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan, ” 

– Syamsul Yusof

Dalam pada itu antara kandungan ugutan itu berbunyi: 

Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang. Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah. Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul.

Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photoshoot aku buat kasi viral satu Malaysia. Senang je nak jahanamkan famili kau.

– DM dari akaun Velvetblack

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perhatian apabila aktres tersebut dilaporkan berada di pejabat agama pada 18 September lalu.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

*Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Volkswagen & Tarik Jeans Continue Tapir Conservation Efforts with Modern Nostalgia Part 2

Dakwa Kerajaan TSMY Jatuh, Anwar Ibrahim Yakin Terima Sokongan 120 Ahli Parlimen