in

Syamila Nuha Lancar Single Terbaru KAU MENJAUH

Syamila Nuhair atau lebih dikenali dengan nama panggilannya, Nuha adalah seorang
bintang yang menyerlah ketika tempoh penglibatannya dalam satu rancangan realiti TV pada tahun 2014, bersama lontaran vokal serak basahnya yang berjaya meruntun jiwa para pendengar dan peminatnya.

Kini, selepas membuat keputusan untuk menukar namanya kepada Sam Nuhair, gadis genit ini bakal membuktikan bahawa beliau bukan sekadar seorang artis segera yang hanya duduk menunggu durian runtuh.

Syamila Nuha

[pullquote align=”right”]Sam Nuhair sememangnya dikenali dengan vokal lantangnya, yang jelas ternyata daripada video-video di YouTube menunjukkan nyanyiannya mendendangkan lagu-lagu bintang- bintang antarabangsa seperti Adele, Beyonce dan sebagainya.[/pullquote]

Walaupun gadis kelahiran Perak ini memperlihatkan masa depan yang cerah untuk menempa nama dalam industri muzik, tidak bermakna perjalanannya tidak menemui jalan buntu dan halangan hingga membuatkan gadis ini terfikir untuk berputus asa dan tersekat di sebalik bayangan penyanyi lain.

Memulakan langkah baharunya bersama JoePRC International sebagai pihak pengurusannya, Sam Nuhair kini bersedia untuk meninggalkan bayangan tersebut dan kembali menyinar di pentas sebagai seorang anak seni dengan gaya dan identitinya yang tersendiri.

Single Baru Sam Nuhair KAU MENJAUH Bakal Dilancarkan Pada Bulan Ogos

[dropcap]S[/dropcap]ingle terbaharu Sam Nuhair, ‘Kau Menjauh’ yang dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri adalah bukti pertama yang menunjukkan gadis ini pastinya akan menarik perhatian anda dan membuatkan anda jatuh cinta dengan karya yang mempunyai melodi korus yang indah ini. Lagu ini dicipta ketika beliau masih di alam persekolahan, mengisahkan tentang kekasihnya yang curang.

Seperti mana yang diceritakan, pembikinan lagu ini melalui onak duri dan pelbagai dugaan yang menyebabkan Sam Nuhair menghabiskan wang hampir RM30,000 untuk menyempurnakannya.

Namun akhirnya, berkat usaha dan kesungguhan gadis berusia 23 tahun ini untuk terus berjuang dan maju ke depan, beliau ditemukan dengan pihak JoePRC International yang mempercayai kebolehan dan bakat istimewanya.

Single baharu Nuhair, ‘Kau Menjauh’ ini bakal dilancarkan secaras digital pada 26 Ogos 2016 ini.

Syamila Nuha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem TOMBIRUO Lakonan Farid Kamil, Zul Ariffin & Nabila Huda

Drama Bersiri KAHWIN MUDA Lakonan Fadlan Hazim & Chacha Maembong