in , , ,

Drama Bersiri KAHWIN MUDA Lakonan Fadlan Hazim & Chacha Maembong

Terdapat banyak persepsi tentang perkahwinan pada umur yang muda. Ada yang berpendapat bahawa kahwin muda dapat mengelak perkara yang tidak diingini manakala ada pula yang tidak setuju kerana tidak mempunyai status kewangan yang stabil.

Berkahwin pada usia muda mula diterima dan menjadi trend pada masa sekarang. Ikuti kisah hidup Syed Rizal dan Nilam yang dipaparkan dalam drama bersiri baharu slot Iris, Kahwin Muda bermula 22 Ogos 2016 ini!

Drama bersiri 12 episod terbitan Rumah Karya Citra arahan oleh Pali Yahya ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fadlan Hazim, Chacha Maembong, Esma Daniel, Azizah Mahzan, dan Fazlina Ahmad Daud.

KAHWIN MUDA

KAHWIN MUDA TIDAK MENJADI MASALAH… Berjayakah Fadlan Merealisasikan Impian Gadis Pilihannya?

[dropcap]M[/dropcap]engisahkan tentang impian Syed Rizal (Fadlan Hazim) dan Nilam (Chacha Maembong) yang mahu berkahwin sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Persahabatan yang rapat sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah, Rizal dan Nilam sering digelar sebagai Romeo & Juliet. Mereka berdua sudah berjanji untuk berkahwin selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadi mereka tidak sabar menanti untuk tamat zaman persekolahan.

[pullquote align=”right”]Ikuti perjalanan hidup Rizal dan Nilam dalam Kahwin Muda pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di slot Iris, TV3 bermula 22 Ogos 2016.[/pullquote]

Kedua-dua keluarga tahu akan hubungan baik antara Rizal dan Nilam. Keluarga Rizal terkejut apabila Rizal menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Nilam sebaik habis SPM. Mereka berpendapat bahawa Rizal dan Nilam terlalu muda dan belum bersedia untuk berdikari. Rizal dan Nilam tertekan kerana janji dan impian mereka dihalang.

Rizal menganggap dia adalah pelindung kepada Nilam. Rizal berusaha untuk mencari jalan kerana Nilam mengimpikan sebuah perkahwinan yang mengikut adat dan budaya orang Melayu. Malangnya, Rizal dan Nilam tidak berjaya memujuk orang tua mereka sehingga Rizal membuat keputusan ingin membawa Nilam bernikah di sempadan Golok.

Kedua-dua keluarga menjadi gempar selepas kehilangan Rizal dan Nilam. Akhirnya, mereka bersetuju dengan permintaan Rizal dan Nilam. Puan Sharifah Sapura, nenek kepada Rizal telah meletakkan syarat kerana dia mahu mengajar pasangan muda ini bahawa perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab yang besar.

Mereka tidak akan menyara hidup Rizal dan Nilam selepas mereka berkahwin. Rizal perlu belajar hidup berdikari sepenuhnya.

Kegembiraan Rizal dan Nilam apabila berjaya merealisasikan impian untuk berkahwin selepas tamat persekolahan mula dihimpit dengan pelbagai cabaran hidup. Sudah bersediakah pasangan muda ini mengharungi asam garam rumah tangga?

KAHWIN MUDA

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.tv3.com.my dan ikut info terkini di laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Kahwin Muda juga telah mula disiarkan di portal video tonton, www.tonton.com.my menerusi Tonton First.

KAHWIN MUDA

KAHWIN MUDA

KAHWIN MUDA

KAHWIN MUDA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamila Nuha Lancar Single Terbaru KAU MENJAUH

Senarai Pemenang AirAsia Runway Ready Designer Search 2016