in , ,

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

KUProgram tonggak RTM yang disiarkan pada bulan Ramadan iaitu ‘Syahadah’kembali bersiaran menemui penonton untuk musim ke-13. Kali ini memaparkan kisah muslim minoriti yang tinggal di bumi sakura, Jepun dan telah pun menjalani penggambaran 10 hingga 24 April lalu.

Menariknya pengisian dan perkongsian program 10 episod ini menonjolkan lokasi berbeza antaranya Beppu, Oita / Kushimoto Town, Wakayama / Osaka / Kobe / Iwate / Okayama / Tokyo. Ia disiarkan Ramadan ini mulai 7 Jun 2018, menerusi TV1 pukul 6.30 petang, dan ulangannya pukul 11.30 malam manakala TV2 menyiarkannya pukul 6.00 petang, ulangan pukul 5.30 pagi.

Penonton berpeluang mengikuti kisah karamnya kapal Ertugrul dari Turki, antara kisah yang cukup terkenal di Jepun. Tragedi yang berlaku pada tahuns 1890 di Kushimoto Town, Wakayama menjadi salah satu faktor penyebaran Islam di Jepun.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Karamnya kapal Ertugrul turut mewujudkan jalinan kerjasama erat kerajaan Turki dan Jepun. Episod ini turut memaparkan kisah Aysegul Arkan (Aisha), wanita kelahiran Turki yang bertugas di Kushimoto Town selain penglibatan Turkish Culture Association, diketuai oleh Maruishi Keiko yang berusaha menyediakan kemudahan buat pelancong Muslim yang berkunjung ke Muzium Memorial Turki.

Episod seterusnya menyorot kisah dua sahabat, Otsuki Satoko dan Takaaki Katoka yang bekerjasama memperkenalkan Okayama sebagai destinasi mesra Muslim. Selain kerap berkunjung ke Malaysia dan mempelajari bahasa Melayu, kedua-dua sahabat ini menyelami kehidupan masyarakat Muslim bagi membolehkan mereka meyakinkan pihak berkuasa tempatan dan pemain industri memberikan kerjasama dalam menyediakan perkhidmatan dan fasiliti yang terbaik. 

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Dalam masa sama episod ini turut memaparkan operasi Kilang Tepung Beras Xiwang Co Ltd. yang beroperasi di KibiChuo. Kilang yang diiktiraf Halal oleh Japan Islamic Trust.

Ada juga perkongsian tentang Beppu City sebuah bandar dalam Oita Perfecture yang terletak di Pulau Kyushu. Terkenal sebagai Kota Onsen iaitu pemandian air panas, Beppu turut menjadi pusat pendidikan yang terkenal. Ritsumeikan Asia Pacific Universiti merupakan salah satu universiti antarabangsa yang unggul di Jepun.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Menempatkan pelajar dari pelbagai negara, universiti ini turut memberikan perhatian kepada kebajikan pelajarnya termasuk yang beragama Islam. Professor Dahlan, yang merupakan Penolong Pengarah Pusat Kajian Muslim di universiti tersebut banyak menyumbang kepada penghasilan produk Halal selain kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memperkasakan industri Halal di Jepun selain perkhidmatan yang bermanfaat buat warga Muslim. Sementara itu, dua pelajar Malaysia di universiti tersebut, Arif dan Azam, berkongsi kisah kehidupan mereka di Ritsumeikan APU.                              

Episod berikutnya menyaksikan pertemuan Saudara Zulkarnain Hasan Basri yang bertugas sebagai jurutera di Osaka dan Saudara Shannun Said yang semakin menempa nama dalam industri rekaan kasut.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Saudara Zul yang merupakan anak kelahiran Perak sering memanfaatkan masanya untuk aktiviti dakwah bersama teman-temannya di sekitar Osaka serta Kobe. Pertemuan bersama Shannun mewujudkan satu silaturrahim baharu di bumi matahari terbit ini atas nama persaudaraan Islam.

Kemudiannya memperlihatkan bagaimana Yakult sebuah nama besar bukan sahaja di Jepun malah cukup signifikan di Malaysia. Yakult cukup sinonim dengan kerja kebajikan memilih negeri Kelantan untuk menjalankan CSR demi memartabatkan sukan bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Gibingu atau sikap memberi ini dicoretkan melalui kisah adik Muiz yang merupakan pelajar Sekolah Kubang Kerian 2.

Memaparkan bagaimana Yakult mendapatkan persijilan Halal selain berkongsi kisah petugas Yakult dari Jepun dan telah kembali kepada fitrah dan berkahwin dengan warga Malaysia. Episod ini juga memaparkan bagaimana Yakult memberi peluang kepada wanita-wanita untuk menjana pendapatan sabagai Yakult Lady.

Kerajaan Jepun kini giat mempromosikan industri serta perkhidmatan pelancongan Halal. Episod ini memaparkan badan NGO, Halal Media Japan yang menyediakan perkhidmatan buat pelancong bagi mendapatkan informasi berkaitan makanan halal serta fasiliti yanf berkaitan. Sementara itu episod ini turut memaparkan usaha Appi Kogen Resort menyediakan kemudahan buat pengunjung Muslim ke destinasi percutian musim sejuk yang terkenal di Jepun.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Turut diketengahkan kisah Tokyo Camii Mosque dan YUAI Islamic International School. Tunggak penceritaan episod ini adalah pendidikan sebagai asas tegaknya syiar Islam di Jepun. Syahadah mendekati Shimoyama Shigeru seorang tokoh yang terkenal sebagai Guru Islam Jepun dan juga Puan Yetti Dalimi yang banyak berjuang dan berkorban dalam mewujudkan sekolah Islam pertama di Jepun.

Ia diakhiri episod memaparkan kisah belakang tabir di sebalik penggambaran Syahadah 2018 di Jepun.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan SPECIAL SCREENING Filem DEADPOOL 2

Kisah Saudara Susuan Dalam Telemovie DAFFODIL LARA