in , ,

Peraduan SPECIAL SCREENING Filem DEADPOOL 2

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!  

Mahukah anda menghadiri SPECIAL SCREENING DEADPOOL 2 – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 15 Mei 2018 (Hari Selasa) di TGV 1 Utama.

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem paling ditunggu-tunggu yang berjudul DEADPOOL 2 Sebuah filem yang penuh dengan babak-babak dengan aksi yang mengujakan.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem DEADPOOL 2 yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem DEADPOOL 2 adalah sebuah filem yang diarahkan oleh David Leitch dan skripnya pula ditulis oleh Rhett Reese & Paul Wernick dan Ryan Reynolds.

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Ryan Reynolds, Josh Brolin, Morena Baccarin, Julian Dennison, Zazie Beetz, T.j. Miller, Brianna Hildebrand, Jack Kesy dan ramai lagi.

Filem DEADPOOL 2

Filem DEADPOOL 2 ini bergenre aksi, komedi serta adventure dan merupakan sebuah filem yang sekuel untuk filem DEADPOOL yang dilancarkan pada tahun 2016.

Filem DEADPOOL 2 mengisahkan tentang Wade Wilson (Ryan Reynolds) yang berusaha melindungi seorang mutan misteri yang diancam oleh penjahat bernama Cable (Josh Brolin). Untuk melindunginya, Wade lalu membentuk sebuah pasukan bernama X-Force yang beranggotakan Deadpool sendiri, Domino, Negasonic Teenage Warhead, dan Bedlam.

Sama-sama kita saksikan bagaimana pengakhiran filem ini.

Filem DEADPOOL 2 akan ditayangkan di pawagam mulai 17 Mei 2018.

Filem DEADPOOL 2

 

Peraduan SPECIAL SCREENING Filem DEADPOOL 2

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 200 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di SPECIAL SCREENING yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

15 Mei 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Sebanyak 200 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di SPECIAL SCREENING DEADPOOL 2 – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #MYDeadpool2

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai SPECIAL SCREENING ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #MYDeadpool2 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pelakon terkenal yang memegang watak Deadpool dalam filem DEADPOOL 2
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di SPECIAL SCREENING Filem DEADPOOL 2 – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan SPECIAL SCREENING DEADPOOL 2- Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

14 Mei 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Twentieth Century Fox Film dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 17 Mei 2018 di pawagam.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

DEADPOOL 2

DEADPOOL 2

DEADPOOL 2

DEADPOOL 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Tiga Wanita Menguruskan Perniagaan Dalam Telemovie Ladies Cab

Syahadah 2018 di Bumi Sakura, Jepun