in , ,

Syabil Zulkufli Kisah Tentang Menyukai Seseorang Melalui Lagu Dunia Kita 

Setelah kejayaan lagu L.O.V.E yang menjadi runut bunyi untuk sebuah drama bersiri popular, Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqeen and Anna Jobling sebelum ini, Syabil Zulkufli, 22, kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘Dunia Kita’.

Menurut pemilik nama lengkap Muhammad Syabil Iman Zulkufli itu, dia menyifatkan lagu tersebut membawa pembaharuan berbanding lagu sebelum ini, bukan itu sahaja, Syabil menjanjikan irama dan melodi yang menarik untuk para pendengar.

“Kali ini, saya amat teruja untuk lagu ‘Dunia Kita’ kerana saya dan pihak pengurusan ingin ketengahkan perkara baru menerusi lagu ini, muziknya boleh dikatakan ‘catchy’ dan sesuai dengan tren muzik semasa,” katanya membuka bicara.

Syabil Zulkufli Kisah Tentang Menyukai Seseorang Melalui Lagu Dunia Kita

Bercakap tentang penceritaan ‘Dunia Kita’, Syabil menjelaskan lagu berkenaan adalah tentang kisah menyimpan rasa suka terhadap seseorang. Justeru, mereka yang sedang mengalami situasi demikian, sesuai untuk menghayati buah tangan terbaru daripadanya itu.

Dalam setiap penghasilan lagu, tentunya ada kisah yang dijadikan inspirasi untuk penceritaan yang ingin disampaikan. Untuk lagu ‘Dunia Kita’ yang dihasilkan bersama dua rakannya iatu Dani dan Nando ini, Syabil mengambil kisah yang pernah dialami oleh kenalannya sendiri.

“Saya wakilkan kepada mereka yang menyukai seseorang atau memiliki ‘crush’, mereka boleh mengekspresikan perasaan apabila mendengar lagu Dunia Kita.

“Lagu ini saya buat bersama kawan saya iaitu Dani dan Nando. Saya bersyukur kerana mereka telah memberikan kerjasama yang baik dan proses menyiapkan juga berjalan dengan lancar dan rakaman siap sepenuhnya dalam masa tiga hari,” jelasnya.

“Sebenarnya, salah seorang rakan saya ada yang lalui situasi seperti itu, menyimpan rasa suka terhadap seseorang. Jadi, saya dan dia hasilkan lirik, seterusnya rakan kami seorang lagi hasilkan kord. Selepas lagu ini dihasilkan, saya tidak sangka pula ia sedap didengar di telinga kami. Justeru, kami mahu kongsikannya kepada mereka yang sedang ada perasaan terhadap seseorang,” katanya lagi.

Syabil Zulkufli Kisah Tentang Menyukai Seseorang Melalui Lagu Dunia Kita

Setelah berusaha sebaik mungkin sepanjang proses menyiapkan lagu ‘Dunia Kita’, Syabil tentunya berharap agar taruhan karya terbarunya itu mendapat sambutan positif daripada para pendengar.

“Semoga lagu ciptaan kami bertiga ini diterima baik oleh orang ramai. Anda semua boleh mendengarkannya di platform digital kegemaran masing-masing. Saya juga berharap agar lagu Dunia Kita ini turut hangat dan trending di media sosial,” katanya.

Lagu ‘Dunia Kita’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Syabil Zulkufli Kisah Tentang Menyukai Seseorang Melalui Lagu Dunia Kita

MENGENAI SYABIL ZULKUFLI

Syabil Zulkufli adalah seorang penyanyi berusia 22 tahun dan masih agak baru dalam industri hiburan Malaysia. Sebelum tampil dengan single terbaru ‘Dunia Kita’, Syabil telah dikenali menerusi lagu L.O.V.E yang menjadi runut bunyi untuk drama bersiri popular, Melur Untuk Firdaus.

Anak ketiga daripada 10 adik beradik ini sememangnya meminati nyanyian sejak zaman sekolah rendah lagi. Justeru dia memilih untuk bergelar penyanyi yang kini bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan Syabil di platform media sosial miliknya seperti Instagram, TikTok dan YouTube.

Syabil Zulkufli Kisah Tentang Menyukai Seseorang Melalui Lagu Dunia Kita

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SPIDER-MAN ACROSS THE SPIDERVERSE

Peraduan Jom Menonton Filem SPIDER-MAN ACROSS THE SPIDERVERSE

ERNIE ZAKRI

Marigold HL Milk Lantik Ernie Zakri Jadi Duta Kempen ‘Supermilk™