in

Susunan Program Saluran Bintang Indo Pek

JULY MONTHLY HIGHTLIGHTS FOR BINTANG

Isnin – Jumaat bermula 18 Julai 2011 @ 4.30 petang
Pelakon: Rianti Cartwright, Ibnu Jamil, David Hoffman

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Dewi yang ayu, ceria dan selalu optimis dalam kehidupannya. Namun, sikapnya yang lurus bendul itu membuatkan Dewi mudah mempercayai Gustaf, iaitu teman dan juga bakal jodohnya sejak kecil lagi. Tanpa memikirkan apa-apa, Dewi menerima tawaran Gustaf untuk bekerja bersamanya di Jakarta. Ternyata apa yang dijanjikannya adalah semua tipu daya kerana Gustaf itu hanyalah seorang pemandu kepada keluarga yang kaya. Tambahan pula, Gustaf banyak berhutang dengan Bos Josh dan akhirnya Dewi menjadi mangsa untuk menyelesaikan hutangnya. Dewi tahu akan niat buruk Gustaf dan terus melarikan diri.

Isnin – Jumaat bermula 18 Julai 2011 @ 5.45 petang
Ketika Cinta Bertasbih – Kisah yang berlatarbelakangkan sebuah sekolah pondok Darul Quran yang terletak di Jawa tengah. Sepasang suami isteri (Azzam dan Anna) diberi amanah untuk membimbing anak murid di sekolah pondok tersebut. Konflik bermula apabila Anna disahkan mandul dan mula berfikiran kolot yang suaminya bakal mencari isteri lain. Keadaan semakin kritikal apabila kehadiran Aprilia dan Eliana terus membakar rasa cemburu Anna.

Setiap Isnin @ 3 petang
Extravaganza adalah rancangan komedi paling popular di Indonesia. Rancangan ini sudah meraih kejayaan kerana konsep dan ideanya yang original. Menampilkan pelbagai cerita dalam bentuk sketsa komedi, yang mengisahkan tentang kehidupan seharian, filem dan juga legenda masa silam.

Setiap Selasa @ 3 petang
Opera Van Java (OVJ) adalah pertunjukkan komedi. Pelakon dan Artis terkenal diberi isyarat untuk improvasi dan berlakon tanpa menghafal dengan panduan seorang dalang atau tukang karut. Setiap adegan disusuri dengan beberapa pelawak terkenal, seperti Nunung Srimulat, Azis Gagap, dan Sule. Terdapat juga ahli musik tradisional yang lengkap dengan alat muzik khas Jawa menyanyikan lagu pop serta selebriti jemputan pada setiap episod. Lakonan yang dimodifikasi adalah tentang cerita seseorang yang terkenal, cerita rekaan, cerita hantu, cerita dari negara luar, atau cerita-cerita yang sensasi. Pada akhir episod, dalang akan mengungkapkan “Di sana gunung, di sini gunung, di tengah-tengahnya Pulau Jawa. Wayangnya bingung, dalangnya juga bingung, yang penting bisa ketawa. Ketemu lagi di Opera Van Java… Ya… E…!'”

Setiap Rabu @ 3 petang
Program dokumentari yang berkualiti dan berdasarkan nilai-nilai moral budaya kerja dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Setiap Jumaat @ 3 petang
Program bual bicara yang sangat menarik, lucu dan segar yang dihoskan oleh salah seorang pelawak terkenal iaitu Tukul Arwana.

Setiap Ahad @ 9 malam

‘The Master’ adalah sebuah program silap mata di atas pantas yang dibintangi oleh Deddy Corbuzier dan Hypnotic Romi Raffael. Bakat mereka yang luar biasa mengagumkan para penonton. Selepas setiap persembahan, para juri akan memberi markah, komen dan cadangan kepada peserta untuk membuat persembahan lebih menarik.

INFORMASI SELEBRITI
Setiap Isnin- Jumaat @ 2 petang

Program hiburan yang mengupas isu mengenai selebriti secara mendalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Pelangi Retro Movies

Program Bulan Ogos Saluran Pelangi Indo Pek