in

Suria FM Lancar Skypark Tube Radio

Pada jam 2.30 petang tadi (24 Mac 2010), Majlis Pelancaran Suria FM Skypark Tube Radio & Penyampaian Hadiah Peraduan Lagu Berduit telah diadakan di Main Concourse, Ground Floor, Sky Park Terminal Sultan Abdul Aziz Shah Airport (SAAS), Subang, Selangor.

4459972844 7A21405C28 O | 3

Suria FM telah mula beroperasi pada Disember 2006 namun hanya boleh didengari di sekitar Lembah Klang dan juga Sabah. Pada 24 November 2007, Suria FM berjaya melebarkan sayapnya dan secara rasmi beroperasi ke seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah. Radio ini di bawah Syarikat Rimakmur Sdn. Bhd, anak Syarikat Star Publications. Stesen Radio ini semakin rancak dengan membariskan penyampai-penyampai berbakat besar seperti Halim Othman, Linda Onn, Zizi, Lin, Tuah Zoqarnain, Myra, Zaff, Bob dan Naim.

4459193375 69F48B3113 O | 4

Dalam usaha mengembangkan lagi sayapnya dalam bidang penyiaran radio, Suria FM membuka platform baru yang dinamakan “Suria FM Skypark Tube Radio” yang siarannya boleh didengar di sekitar Terminal Lapangan Terbang Skypark, Subang. Sebagai permulaan, siaran bermula 6 pagi – 12 tengah malam setiap hari yang akan beroperasi menggunakan sistem komputer. Program radio berkonsepkan ‘infotainment’ ini akan bersiaran dalam Bahasa Inggeris dan dikendalikan oleh penyampai-penyampai Suria FM iaitu Myra dan Akhtar sementara seleksi lagu yang diputarkan terdiri dari dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kejayaan ini adalah dengan kerjasamana diantara Suria FM dan Skypark Media Sdn.Bhd.

Encik Subarma Mohtaruddin selaku Pengurus Operasi dan Program merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan ‘Suria FM Skypark Tube Radio’ sekaligus merangka segala pengurusan termasuk penyusunan lagu, pengiklanan dan isi kandungan. Konsep yang dipilih bersesuaian untuk menarik minat pengunjung yang menggunakan terminal ini termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.. Suria FM Skypark Tube Radio juga menawarkan pakej pengiklanan ( airtime ) yang bersesuaian kepada pelanggan yang berminat untuk mengiklankan produk mereka.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Media Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ LIN), “pelancaran pada hari ini merupakan 1 lagi kejayaan Suria FM selain memperlihatkan betapa kami amat serius untuk bersaing secara agresif dan positif dalam industri ini. Adanya Suria FM Skypark Tube Radio pastinya membantu memberikan publisiti selain mampu mengukuhkan lagi jenama Suria FM secara tidak langsung’.

4459192369 6980B958A8 O | 5

Pemenang Lagu Berduit RM5,000. Tahniah buat semua pemenang!

Lagu berduit Suria FM yang bermula sejak 1 Mac lalu kini hampir tiba ke penghujungnya dan menyaksikan 74 orang pendengar bertuah stesen radio itu berjaya memenangi sebahagian daripada RM 75 ribu. Daripada jumlah itu, 6 orang telah berjaya memenangi RM 5 ribu, 32 orang yang lain telah berjaya memenangi RM250 sementara 34 orang telahpun memenangi RM 500. Tambah menarik, 2 yang lain akan menang wang besar bernilai RM 10 ribu.

Nilai bagi setiap ‘Lagu Berduit’ yang diputarkan bagi minggu pertama dan kedua adalah RM 250 dan meningkat RM 500 untuk minggu ketiga hingga hari terakhir ianya berlangsung iaitu pada 26 Mac ini. Sementara RM 5 ribu diberikan pada waktu bonus, apabila Lagu Berduit versi ‘Live’ dikeudarakan, dan nilainya melonjak kepada RM 10 ribu bagi minggu terakhir peraduan berlangsung.

Penyertaan yang diterima menerusi sms untuk peraduan Lagu Berduit sejak ia bermula pada 1 Mac – 18 Mac melebihi 165,401 sms dan pastinya jumlah itu dijangka akan meningkat sehingga peraduan ini berakhir pada 26 Mac nanti.

Menurut Eksekutif Kanan Perhubungan Awam & Media Suria FM, Roslinda Abdul Majid ( Dj Lin), ‘ Peraduan Lagu Berduit yang kami anjurkan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sejak ia bermula 1 mac lalu. Peningkatan jumlah penyertaan sms yang diterima dari minggu ke minggu menjadi bukti sambutan hebat daripada pendengar dan kami percaya antara faktor utama yang membuatkan makin ramai yang menyertai peraduan mudah ini adalah kerana kami memberikan peluang kepada lebih ramai pendengar untuk menang sebahagian daripada RM 75 ribu.

Aktiviti siri jelajah & promosi Suria FM akan diteruskan lagi dengan Raod Tour pada 24 April ini di Mydin Kuala Terengganu dan 25 April di Kuantan Parade, Pahang. Acara yang bermula jam 3 ptg ini akan mendekatkan pendengar dengan barisan penyampai Suria FM selian berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah istimewa disamping persembahan artis popular. Masuk adalah percuma

Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Prebiu Filem Semerah Cinta Stilleto

Gambar Sekitar Karnival Evolusi KL Drift 2