in ,

Gambar Sekitar Karnival Evolusi KL Drift 2

Salam pembaca semua,

Hari ini, 25 Mac 2010 bermulanya tayangan filem Evolusi KL Drift 2 di pawagam seluruh Malaysia.

Dalam filem ini, anda dapat menyaksikan aksi-aksi stunt yang jarang-jarang dilakukan oleh pelakon di Malaysia. Gerenti gempak dan ada kejutan! Apa yang penting, filem ini di’upgrade’ dan diperkemaskan untuk jadi lebih baik daripada filem sekuel pertama Evolusi KL Drift. Adegan yang cukup dramatik, diselitkan dengan unsur-unsur persahabatan dan percintaan, filem ini pastinya memuaskan hati penonton.

Jadi jangan lupa untuk menonton filem ini di pawagam akan datang. Untuk pembaca budiey.com, Budiey akan menganjurkan Peraduan Movie Day Out filem ini tidak lama lagi dan kepada pemanggil bertuah akan berpeluang menonton filem ini dengan hadiah-hadiah goodie bag. Kalau ada peluang, mungkin Budiey akan menjemput pelakon filem ini untuk turut serta menonton bersama korang. Nantikan pengumumannya tidak lama lagi.

Pada 20 Mac lalu, Budiey sempat hadir di Majlis Demonstrasi Drift Sempena promosi Filem Evolusi KL Drift 2 yg diadakan di Dataran Merdeka. Acara ini sangat gempak dan nampak meriah dengan pameran dan demonstrasi kereta drift.

Seingat budiey ini bukan kali pertama, Skop Produkstion, GBSB & Toyo Tires selaku penganjur bergabung untuk mengadakan promosi besar-besaran seperti ini.
Selain daripada melihat aksi stunt sukan drift, pengunjung juga boleh melihat kereta-kereta yg dihiasi dengan begitu kreatif & semuanya canggih-canggih.

Seawal jam 1 tengahari lagi, Dataran Merdeka telah dipenuhi oleh ramai peminat yg datang untuk melihat sendiri macamana hebatnya drifter-drifter melakukan aksi stunt mereka.

Selain itu juga, media dan orang ramai juga berpeluang untuk merasai dan menaiki kereta drift. Memang seronok, macam naik roller coaster. Itu kata merekalah.

Karnival Filem Evolusi KL Drift 2 ini nampak tak sempurna jika tidak mendapat sokongan dari pelakon pelakon filem ini sendiri. Jadi, tentunya karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pelakon. dan pelakon pertama yang sampai ialah Adam Corrie, Farid Kamil dan Rizal Ashraf.

Budiey juga sempat menemubual beberapa orang pengunjung yang katanya sangat teruja melihat drifter profesional melakukan stunt dan tak sabar-sabar lagi untuk menonon Filem Evolusi KL Drift 2 ini.

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi barangan merchandise filem evolusi kl drift 2 dengan meyertai peraduan yg diadakan.

Jadi jangan lupa untuk menonton filem Evolusi KL drift 2 lakonan mantap dari Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Scha Alyahya, Farid Kamil dan ramai lagi… mulai hari ini, 25 Mac ini di pawagam berhampiran dengan anda.


Part 1


Part 2

4460611315 6Da93Fbe10 O | 4

4460611719 09E6Dc77F6 O | 5

4460612115 4Df90Edec7 O | 6

4460612529 90C768108B O | 7

4460612809 39402896F4 O | 8

4460613171 35954444D8 O | 9

4460616015 2F7544Ce6A O | 10

4461395656 498D85E7B0 O | 11

4461396894 0Ec464283C O | 12

4460617121 9Deabdf2Ea O | 13

4460613509 Df6368409F O | 14

4460613717 B2D0466765 O | 15

4460613997 F9Be239124 O | 16

4460614187 5222D993B3 O | 17

4460614433 7F7A3187Db O | 18

4461394010 A28B76A4A1 O | 19

4461394302 Baabab4Bb9 O | 20

4461394652 Dfa3D1600A O | 21

4460615583 58708C1F17 O | 22

4461395922 E32315E5Bb O | 23

4460617267 1E8D4Ba0Ff O | 24

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Lancar Skypark Tube Radio

Gambar Bob AF2, Shila OIAM, Faizal Tahir di Prelude AIM 17