in , ,

Suria FM Lancar Platform E-Dagang, Kini Pendengar Boleh Shopping di Kedai Suria

Kedai Suria yang memberikan peluang kepada pendengar dan peminat setia Suria untuk mendapatkan barangan eksklusif Suria Malaysia secara dalam talian bermula 10 Oktober ini. 

Suria FM, sebuah stesen radio berbahasa Melayu di bawah anak syarikat Star Media Group Berhad akan melancarkan platform e-dagang mereka, Kedai Suria yang memberikan peluang kepada pendengar dan peminat setia Suria untuk mendapatkan barangan eksklusif Suria Malaysia secara dalam talian bermula 10 Oktober ini. 

Suria FM Lancar Platform E-Dagang, Kini Pendengar Boleh Shopping di Kedai Suria

Antara barangan eksklusif Suria yang akan terdapat di laman web kedai.suria.my adalah T-Shirt (lengan pendek dan lengan panjang), drawstring bag, apron, topi, lanyard, payung, pelekat cermin kereta dan pelekat cukai jalan (roadtax) kereta. 

Istimewa sempena pelancaran Kedai Suria juga, sebanyak lebih 1000 baucar diskaun khas akan diberikan kepada pendengar Suria yang boleh ditebus pada 10.10 ini. 

“Trend beli belah dalam talian ini menjadi tumpuan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dengan peningkatan permintaan daripada pendengar Suria yang ingin mendapatkan barangan eksklusif Suria, kami melihat ini sebagai salah satu strategi terbaru untuk berinteraksi dengan pendengar,” kata Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin. 

Tambah DJ Lin lagi, “Platform e-dagang ini merupakan salah satu initiatif Suria dalam meningkatkan lagi usaha digitalisasi kami sekaligus meluaskan lagi jenama Suria dengan memasuki pasaran baru untuk industri e-dagang. Melihat kepada jangka masa panjang, Kedai Suria meletakkan misi untuk meluaskan lagi platform e-dagang ini melibatkan barangan daripada perusahaan kecil dan besar yang lain.” 

Suria FM Lancar Platform E-Dagang, Kini Pendengar Boleh Shopping di Kedai Suria

Layari laman web suria.my dan akaun media sosial Suria Malaysia untuk maklumat lanjut. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Seram Romantik DARK SPELL Akan Ditayangkan di Pawagam 7 Oktober Ini

Ini Sebab Samsung Galaxy A52s 5G Menjadi ‘Travel Buddy’ Terbaik Anda Semasa Melancong