in

Suria FM Kini Dah 2 Tahun!

Hari ini, tanggal 24 November 2009 merupakan hari bersejarah kepada Radio Suria FM kerana sudah genap 2 tahun usia Suria FM!

Jom kita nyanyi sama-sama…

Selamat hari jadi…

Selamat hari jadi…

Selamat hari jadi… SURIA FM…

Selamat hari jadi….

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke-2 Suria FM, Deejay Linn yang tengah hot bercinta… eh bukan… tengah hot dengan program kelolaannya iaitu Suria Cinta, telah datang ke rumah Budiey untuk menghantar kek hari jadi mereka semalam. Katanya, itu kek memang khusus direkacipta untuk media yang banyak memberi sokongan kepada perkembangan Suria FM.

Ironinya, Budiey terima kek tu… pada jam 10 malam. Bermakna ada 2 jam lagi la nak kena rasmi kek tu. Juga, Deejay Linn yang bertugas lagi sejam lebih tu sempat lagi hantar kek ke hulu hilir. Fuh! Memang gigih la krew Suria FM bekerja. Memang workhaholic betul kata orang tu.

Dan ini dia kek hari jadi Suria FM… lawa tak?

… dan bukan saje lawa can cute… rasanya… mmmm….. yummy…

korang nak, kena datang rumah…. Budiey makan sikit aje…

dan yang penting, kalau korang ada masa, datanglah beramai-ramai ke lobi ruang legar bangunan Am Assurance (yang dekat dengan stesen Bas Pekeliling tu) di mana hari ini, akan diadakan sambutan ulangtahun Suria FM yang ke-2.

Ramai selebriti dan penyanyi ternama akan menghiburkan anda di sana termasuklah band yang terkenal dengan lagu Cari Jodoh tu… WALI Band!

Nak tahu lebih lanjut, sila layari:

http://suriafm.com.my

Dan ramai lagilah artisnya… ada Diana Danielle, Ning Baizura, … kalau nak sebut… tak larat sebab… mulut Budiey masih penuh dengan kek ni…

Okay ni nak pesan kat pembaca semua… jangan lupa tarikh 9 Januari 2010 jam 2 petang di mana blog Budiey.com akan mengadakan Parti Ulangtahun Ke-3 Sensasi Selebriti. Nak tahu kat mana? Mmm… tunggu! Tapi Budiey janji, kali ini parti kita akan lebih meriah dengan persembahan artis, dan… yang paling korang suka… gooodie bag yang sangat mewah… setakat ini, sebuah syarikat komunikasi tersohor, MAXIS telah menaja goodies… juga barangan eksklusif dari filem antarabangsa tajaan Warner Bros, Sony Pictures… dan banyak lagi yang menanti anda.

Yang penting sekali… sehelai T-shirt eksklusif Budiey.com berwarna merah akan dihadiahkan kepada setiap orang yang hadir ke parti ini!!!!

Tunggu pengumuman rasminya ya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. aduiiii…budiey nih….
    tunjuk gamba kek lak..siap ngap lg…
    org dh la tgh diet nih…mcm nk giler thn nafsu dr tergoda dgn kek…
    sabr….sabar……

  2. Semuga pengganti Engku Emran blh mengekalkan popularity stesyen ini sebagaimana yg ditinggalkan olih EE.Sesungguhnya, dia lah yg bnyk mengenalkan kami pada stesyen ini.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kenali Wajah Baru Finalis Top 6 8TV Quickie

22 PROGRAM SAJIAN KHAS AIDILADHA DI TV1