in

22 PROGRAM SAJIAN KHAS AIDILADHA DI TV1

PROGRAM AIDILADHA INI… 

Sebanyak 22 program menarik dijanjikan menemui penonton setia Saluran Informasi, TV1 melibatkan drama, forum dan dokumentari disiarkan empat hari berturut-turut bermula pada 26 hingga 29 November 2009 yang sesuai ditonton seisi keluarga dalam meraikan sambutan perayaan Aidiladha tahun ini.

Sebagai pembuka tirai, TV1 menyajikan dua program bual bicara yang mengupas topik berkaitan perayaan yang istimewa bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah menerusi program Fitrah Kasih (jam 3.05 petang) dan Forum Perdana bertajuk Hati Kecil (jam 10.00 malam).

4130150713 4Aa47Deb90 O | 4

Keesokkan harinya pada 27 November 2009 (Jumaat), disiarkan pula program Wukuf Di Arafah (jam 12.30 tengah malam), Siaran Langsung Solat Sunat Aidil Adha (jam 7.30 pagi), Doku Khas JAKIM : The Pilgrimates of Lifes (jam 9.31 pagi), Galeri Nasional Khas Aidiladha (jam 9.30 malam), Telemovie Raya : Selagi Ada Waktu (jam 10.31 pagi), Cucu Kita (2.05 petang), Addin Khas Aidil Adha : Pengorbanan Dan Perjalanan Suci (jam 3.05 petang), Doku Khas JAKIM : Selaut Kasih Sebuah Janji (jam 6.31 petang) dan Special On 1 : National Geographic ‘Inside Mecca (jam 7.00 malam).

Telemovie Raya bertajuk Selagi Ada Waktu menarik tontonan anda berkongsi kisah keinginan Pak Hamdan untuk mengerjakan Rukun Islam ke 5 tahun ini tertunai berkat pengorbanan suci dari Farid, anak yang sering dipinggirkan. Drama menarik ini dibintangi Fathil Dani, Faizal Yusoff, Watie Sadali, Zulkifly Azhari dan Almy Nadia.

4130150757 981455D263 O | 5

Menyusul pula siaran pada 28 November 2009 (Sabtu) menyiarkan program istimewa Solat Sunat Aidil Adha Dari Mekah (jam 12.30 tengah malam), Tilawah Interaktif Khas Raya (jam 5.05 petang), Panggung 1 : Kembali Senyum (jam 3.05 petang), Panggung Seri : Korban Kasih (jam 9.00 malam) dan Festival Nasyid Kebangsaan 2009 (jam 2.05 petang).

Kembali Senyum drama kanak-kanak berkisar tentang Trisha, kanak-kanak yang riang dan petah bercakap. Trish mempunyai sikap yang sangat positif, rajin dan pro aktif. Trish mempunyai kucing kesayangan bernama Luna. Sikap yang sentiasa positif yang ada pada Trish juga telah berjaya mengubah Adam Tan, anak jirannya daripada seorang yang pendiam akibat trauma selepas melihat bapanya dibunuh.

Siaran khas Aidiladha di TV1 dilabuhkan tirainya pada 29 November 2009 (Ahad) dengan menyiarkan program Panggung Ahad : Kasih Tania 2 (jam 11.05 pagi), Pentas 1 : Cahaya Mimpi (jam 3.05 petang) dan Temasya Pantun RTM / RTB (jam 2.05 petang) selain Sayang Aisyah, drama bersiri disiarkan 28 dan 29 November 2009 (jam 9.31 pagi).

Program Temasya Pantun RTM / RTB pula pastinya mampu menghiburkan penonton yang ingin santai berhibur menyaksikan gelagat sebuah keluarga dari Brunei mengikuti program keluarga ‘Homestay’ di salah sebuah negeri di Malaysia. Sepanjang berada di sana, mereka didedahkan dengan aktiviti membuat batik dan kesenian persembahan Dikir Barat. Pengenalan Kesenian dan budaya masyarakat Pantai Timur di Malaysia diperkenalkan kepada keluarga dari Brunei diselangselikan dengan acara berbalas pantun, sketsa dan persembahan nyanyian artis kedua-dua negara serumpun ini. Malah menariknya menggabungkan pelakon terkenal dua negara antaranya Norlia Ghani, Danny, Ameer Sofaz, Lydia Ibtisam, Sabri Yunus, Haji Amilin, Dayang Hajah Rokiah, Haji Muhammad Syukri, Maya Murni, Murni Haji Japar dan Normazlina Emran. 

Pastikan anda menjadikan Saluran Informasi TV1 teman setia anda sepanjang Aidiladha ini.

4130150811 F9D1D50E5B O | 6

4130915492 23Bc42F0Cb O | 7

4130150931 C5Edf200A6 O | 8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Kini Dah 2 Tahun!

Filem Jalang