in ,

Suria Bawakan Siaran Luar Radio Yang Pertama Di Atas Cruise

Stesen radio Suria akan berkolaborasi bersama Cruise Tasik Putrajaya bagi menjayakan siaran luar radio yang pertama di atas kapal cruise pada Sabtu ini, 5 Mei 2018 di Putrajaya.

Menurut Pengurus Program Suria, DJ Lin, acara kolaborasi ini bertujuan untuk mencuba sedikit kelainan dalam penganjuran acara siaran luar radio.

Siaran Luar Suria bersama Cruise Putrajaya (1)

“Suria sentiasa optimis dan berdaya saing dalam menghasilkan siri digital original dan juga penganjuran acara luar konti yang akan lebih mendekatkan penyampai Suria dan pendengar setia. Diharapkan juga jenama Suria semakin berkembang dan menjadi pilihan pendengar di luar sana,” kata DJ Lin.

Sebelum ini, Suria pernah menganjurkan siaran luar segmen Suria Petang dan Suria Cinta bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya pada 6 April yang lepas yang melibatkan penyampai Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Tidak seperti sebelum ini, siaran luar Suria bersama Cruise Tasik Putrajaya kali ini akan melibatkan hampir kesemua penyampai Suria antaranya Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya, DJ Lin dan Halim Othman.

Pendengar bertuah yang dipilih melalui peraduan di Suria ini akan dapat bersama-sama melayari tasik Putrajaya sambil menyertai aktiviti ramah mesra bersama penyampai Suria dan artis-artis jemputan seperti Francisca Peter dan Lan Solo.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaMalaysia untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial.

Siaran Luar Suria bersama Cruise Putrajaya (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Fazley Yaakob Dilantik Wajah Kempen Ramadan Chatime

Dapatkan Huawei Y6 (2018) Percuma Dengan Celcom