in ,

Datuk Fazley Yaakob Dilantik Wajah Kempen Ramadan Chatime

Cef selebriti dan penyanyi popular, Datuk Fazley Yaakob, 40, dilantik sebagai wajah kempen Ramadan jenama terkenal dan francais bubble tea antarabangsa, Chatime, pada sebuah majlis pelancaran yang diadakan di SukaSucre Bistro Khamis lalu.

Menampilkan tema Buka Puasa, Buka Rasa, Fazley menghasilkan dua jenis minuman edisi istimewa; Bandung Sago Pearl Milk Tea dan Cendol Sago Milk Tea sebagai memenuhi kepelbagaian permintaan pelanggan setia dan baharu Chatime terutama pada Ramadan ini.

Chatime

Widayu Latiff, Executive Director of Chatime Malaysia, Aliza Ali, Group Managing Director of Chatime Malaysia & Dato’ Fazley Yaakob, MasterChef Celebrity Malaysia

Menurut Fazley, dia amat terharu dan bangga apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Chatime yang kebetulan merupakan minuman kegemarannya dan keluarga sejak awal lagi.

“Apabila ditawarkan peluang kolaborasi ini, sudah pasti saya berasa teruja kerana selama ini sudah memasang angan-angan untuk menghasilkan resepi minuman istimewa jenama Chatime,” katanya ketika ditemui usai majlis tersebut.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Sdn. Bhd. milik penuh Will Group, Aliza Ali dan Pengarah Eksekutif, Widayu Latiff.

Pada majlis itu, Fazley turut melakukan demonstrasi penyediaan dua minuman tersebut yang mengenengah sago sebagai keistimewaan sambil dibantu oleh Aliza serta Widayu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan Fazley sempena kempen Ramadan ini, Aliza memberitahu pengalaman dan minat Fazley dalam mempelbagaikan resepi dalam bidang kulinari merupakan sebab mereka memilihnya sebagai wajah kempen sempena Ramadan kali ini, bertepatan dengan jenama Chatime yang menitikberatkan kepelbagaian di dalam minuman yang dijual.

“Datuk Fazley bukan sahaja merupakan wajah kempen, malah resepi bagi minuman kolaborasi Ramadan ini telah diolah olehnya sendiri” kata Aliza

Bandung Sago Pearl Milk Tea (boleh ditambah dengan krim vanila) dan Cendol Sago Milk Tea dijual setiap satu dengan harga RM8.90.

Chatime

Dua minuman istimewa ini boleh diperolehi di seluruh cawangan Chatime di Malaysia bermula seminggu sebelum Ramadan dan berakhir pada minggu awal Hari Raya Aidilfitri ini.

Chatime yang memasuki negara ini sejak tahun 2009 kini mempunyai hampir 40 cawangan di seluruh Malaysia.

Selain Malaysia, Chatime juga memiliki lebih 1700 buah cawangan di 32 negara seperti London, Paris, Amerika Syarikat, Kanada, Dubai, Australia, Korea, China, India, Vietnam, Hong Kong, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam *dan Taiwan*.

Untuk mengetahui informasi lanjut, boleh melayari platform laman sosial – Facebook, Twitter dan Instagram (Chatime Malaysia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KL SPECIAL FORCE Kini Boleh Ditonton di iFlix

Suria Bawakan Siaran Luar Radio Yang Pertama Di Atas Cruise