in ,

Suria Bagi Duit Berjumlah RM30,000 Oktober Ini! 

Bermula 28 September hingga 16 Oktober ini, rebut peluang menang sebahagian daripada RM30,000 menerusi peraduan ‘Suria Bagi Duit Huntonglah’!

Dengarkan Suria sepanjang masa, jadi pengirim WhatsApp terpantas di 012-5551053 berserta nama penuh, nombor mykad dan #suriabagiduithuntonglah sebaik saja isyarat memanggil dikeudarakan. Kemudian nantikan panggilan daripada penyampai Suria yang bertugas dan berikan jawapan untuk tajuk lagu serta nama penyanyi yang ada menyebut audio ‘Suria Bagi Duit Huntonglah’.

Kalau jawapan yang diberikan adalah betul, wang tunai berjumlah RM200 akan dimenangi dan jika jawapan yang diberikan salah, wang tersebut akan digandakan dalam segmen berikutnya. 

Suria Bagi Duit Berjumlah RM30,000 Oktober Ini!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Suria Bagi Duit Berjumlah RM30,000 Oktober Ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Terbit Program Realiti Meghan Markle & Putera Harry?

Ramalan Harga iPhone 12, Bakal Dilancar 13 Oktober Ini dengan Tiga Pilihan Storan