in , ,

Ramalan Harga iPhone 12, Bakal Dilancar 13 Oktober Ini dengan Tiga Pilihan Storan

Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, siri iPhone 12 mungkin akan dilancarkan sekitar 13 Oktober ini. Terkini, pendedah maklumat Apple terkenal memberi maklumat mengenai varian storan untuk siri iPhone 12.

iPhone 12 mini (5.4 inci) dan iPhone 12 (6.1 inci) mungkin dijual dengan pilihan storan 64GB/128GB/256GB. Untuk iPhone 12 Pro dan Pro Max, setakat ini ia hanya dikhabarkan dnegan storan yang akan bermula pada 128GB, namun tidak diketahui pilihan storan lain.

iphone

Untuk pengetahuan anda, unit iPhone 12 mini dan iPhone 12 6.1 inci akan mula diedar kepada pengedar pada 5 Oktober ini, disusuli dengan acara pelancaran mungkin pada 13 Oktober ini. 

Sebelum anda mula menyerbu mana-mana pekedai sah Apple, pengedar disini bukan bermakna Apple Store atau kedai yang menjual produk Apple. Menurut sumber, pengedar ini adalah yang akan mengagihkan unit produk kepada kedai-kedai.

iphone

Menurut ura-ura, iPhone 12 mungkin hadir dengan ramalan harga seperti di bawah:

  • Apple iPhone 12 Mini – $649-699 (~RM2696-~RM2903)
  • Apple iPhone 12 – $749-799 (~RM3111-~RM3319)
  • Apple iPhone 12 Pro – $999-1,049 (~RM4150-~RM4357)
  • Apple iPhone 12 Pro Max – $1,099-1,149 (~RM4565-~RM4773)

Yang mana satu pilihan anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria Bagi Duit Berjumlah RM30,000 Oktober Ini! 

Cara Menarik untuk Mulakan Bulan Oktober!