in

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 Raih Kutipan RM2 Juta Selepas 10 Hari Tayangan

Sehingga 26 Februari 2017, filem hit Indonesia iaitu Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) telah mencatat kutipan tiket lebih RM2 juta menerusi 84 buah pawagam seluruh Malaysia. SYTD2 merupakan filem terbitan produksi MD Pictures. Manakala bagi kempen promosi dan pemasaran di Malaysia diusahakan oleh pihak Astro.

Selepas 10 hari berada di pawagam sejak ia ditayangkan pada 16 Februari 2017 lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan. Rentetan dari itu, jumlah pawagam yang mulanya hanya 64 pawagam, turut bertambah menjadi 84 pawagam selepas sambutan positif dari penonton. Purata penonton Malaysia yang telah menyaksikan filem ini lebih dari tiga kali adalah 55% golongan wanita dan 45% golongan lelaki. Sementara itu, melalui kaji selidik menerusi media sosial tentang watak kegemaran dalam filem mendapati 40% penonton menyukai watak Arini, diikuti 26% untuk watak Meirose, 20% untuk watak Pras dan 7% masing-masing bagi watak Doktor Syarief serta Sheila.

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

Lebih mengujakan, filem bahagian pertama yang boleh dinikmati menerusi laman sesawang Astro Gempak sejak awal Februari lalu juga telah mencecah setengah juta penonton. Sementara itu, tontonan untuk trailer dan teaser rasmi bagi versi Malaysia telah mencecah tiga juta dalam tempoh 2 minggu.

Filem SYTD2 yang bergenre drama ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri Pras (Fedi) dan Arini (Bella) kembali meneruskan kehidupan bersama puteri mereka, Nadia (Sandrina) setelah isteri kedua Meirose (Raline) membawa diri. Arini mendapat undangan ke Budapest, Hungaria untuk mempromosikan bukunya. Tanpa diduga, takdir menemukan mereka sekeluarga bersama Meirose dan anaknya Akhbar (Keefe). Pemergian Meirose bersama Akhbar dahulu adalah untuk mula hidup baru demi melupakan masa lampau yang hampir menghancurkan rumahtangga Arini.

Meskipun Meirose masih menyanjung dan menyintai Pras, tetapi dia tekad untuk diceraikan. Namun, pertemuan semula dengan Arini membuatkan dia berbelah bahagi kerana wanita mulia itu mengharapkan Meirose kembali ke pangkuan Pras. Malah, kehadiran Doktor Syarief (Reza) dalam hidup Meirose turut menimbulkan tanda tanya. Apakah kesudahan kisah mereka? Sejuta pertanyaan dan kejutan akan mewarnai SYTD2.

Layari laman sosial www.facebook.com/AstroShaw serta laman sosial Twitter, Instagram dan Youtube AstroShaw untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #SYTD2 bagi menghebahkan lagi keterujaan filem ini.

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase MALAM SENSASI BERSAMA JUDIKA di IOI City Mall

Rahsia Jodoh Ruhainies & Azrel Ismail dalam Telemovie KATAKAN TIDAK PADA CINTA