in

Rahsia Jodoh Ruhainies & Azrel Ismail dalam Telemovie KATAKAN TIDAK PADA CINTA

Jodoh seseorang sukar dijangka. Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia dan selama mana kita sabar menunggu namun jika dia bukanlah jodoh kita, pastinya kita tetap tak akan bersamanya. Cuba berfikiran positif dan terimalah takdirNya dengan redha.

Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu. Sentiasalah berdoa agar diberikan insan yang baik buat diri kita. Bahagia tu bukan hanya perlu dicari tapi bahagia tu perlu dikenali.

Telemovie Katakan Tidak Pada Cinta

Rahsia Jodoh Ruhainies dan Azrel Ismail Dalam Telemovie “Katakan Tidak Pada Cinta” Di TV2

Dibintangi pelakon Azrel Ismail, Ruhainies, Shuk, Fathimah Az Zahra dan Rahim Omar, slot Citra pada 7 Mac ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2 membawakan telemovie bertajuk “Katakan Tidak Pada Cinta”.

Ia membawakan kisah Diyana yang bekerja sebagai pereka dalaman berpindah kerja ke syarikat baru. Di sini Diyana telah bertemu semula dengan Zarin, pereka dalaman kanan yang pernah bergaduh dengannya sebelum ini kerana salah faham. Sejak itu mereka sentiasa bertelagah dan tidak boleh bekerjasama dalam pekerjaan.

Perkara ini merisaukan Firman, pemilik syarikat tersebut yang juga merupakan kawan Zarin. Firman mengatur rancangan supaya Zarin dan Diyana dapat berbaik dengan cara menghantar mereka berdua menjalankan projek di Melaka.

Firman juga menyuruh Latif dan Mariam ikut sebagai pembantu Zarin dan Diyana. Latif dan Mariam juga turut ditugaskan sebagai pengintip kepada Firman. Kedua-duanya bersetuju untuk bekerjasama menjernihkan semula hubungan Zarin dan Diyana.

Semasa di Melaka, Zarin dan Diyana masih bertelagah sehinggalah terjadi peristiwa dimana Diyana masuk ke hutan sendirian lalu diekori oleh Zarin. Apabila Diyana ketakutan kerana pokok bergoyang dia melarikan diri dan terlanggar Zarin.

Mereka berdua terus lari dan terjatuh ke dalam lubang yang gelap. Berlaku pelbagai insiden pergaduhan antara keduanya. Mereka bernasib baik kerana diselamatkan oleh dua orang pencari rotan.

Sejak itu mereka berdua mula berbaik dan kedatangan Pak Salim, ayah Diyana ke Melaka merapatkan lagi hubungan mereka. Walaupun kemudiannya hubungan mereka tidak terus stabil namun mereka cuba menyelami diri masing-masing seterusnya. Apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 Raih Kutipan RM2 Juta Selepas 10 Hari Tayangan

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Akademi Ke-89