in

[FESYEN] Telekung Antara Tersenarai Sebagai Superbrands

Buat julung kalinya, telekung menjadi tumpuan di pentas Anugerah Superbrands Malaysia 2018. TAHNIAH buat Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd.

Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. yang dikenali sebagai jenama telekung sebagai produk utamanya telah dipilih sebagai jenama paling bernilai dan kukuh oleh Superbrands Malaysia.

Superbrands, sebuah badan global yang bebas dan penentu penjenamaan, telah memilih 34 jenama tempatan untuk diberi pengiktirafan sebagai nama yang paling bernilai dan kukuh semasa Anugerah Superbrands Malaysia 2018.

(Dari kiri) Wakil Siti Khadijah Holding, Sahar Sahad dan Mohammad Muzammil Aminuddin

Pengarah Superbrands, Mike English berkata, pemilihan itu telah dibuat oleh anggota majlis Superbrand serta profesional-profesional pemasaran melalui satu undian dalam talian.

“Selepas melalui kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan oleh Superbrands, lebih 3,000 profesional telah dipe­lawa bagi mengundi calon jenama.

“Lebih daripada 1,242 jenama Malaysia telah mendapat skor terbaik daripada majlis pemilihan dan jenama yang memperoleh markah tertinggi, kemudiannya di­pilih sebagai Superbrands,”

Menurut English lagi, jenama yang terpilih akan dimasukkan dalam buku Superbrands dan diiringi dengan sejarah dan pencapaian setiap jenama itu.

Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat pengeluar telekung yang menawarkan keunikan rekaan inovatif di bahagian wajah berbeza dengan rekaan telekung biasa. Material yang digunakan hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, spun polyster, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.

Telekung Crystal Swarovski Limited Edition, RM399

Selain daripada telekung, syarikat ini turut menawarkan koleksi pakaian khas untuk jemaah Umrah dan Haji, hijab, sarung lengan, abaya, baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori.

Sejak 2009, Siti Khadijah dinamakan sebagai jenama isi rumah di Malaysia dan berkembang luas dengan lebih 28 cawangan sekitar Malaysia dan dua cawangan di Indonesia.

Telekung Siti Khadijah yang berkualiti premium dijual pada harga dari RM139 – RM1,500 di semua 28 cawangan di seluruh negara dan juga secara online di www.sitikhadijah.com.

“Follow” di Instagram: @telekung.sitikhadijah dan

“Like” Facebook Telekung Siti Khadijah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengumuman Siapakah Peserta Dewi Remaja 2018/2019

Apa Kes Pulak Elyana Padam Akaun Instagram?