in

Sunsilk Perkasa Wanita Malaysia Capai Impian

[dropcap]S[/dropcap]udah menjadi lumrah bahawa rambut wanita mencerminkan keyakinan dan rasa hormat mereka. Mereka berusaha untuk merealisasikan aspirasi dengan merebut peluang melalui keyakinan penampilan diri mereka. Bagi setiap wanita yang mengenakan hijab, kulit kepala yang bersih dan segar memberikan mereka kepercayaan diri untuk merebut peluang ini.

Sunsilk

Bergabung tenaga dengan Islamic Fashion Festival (IFF) untuk mewujudkan pelbagai kemungkinan

Selama lebih satu dekad, Sunsilk telah berubah daripada menyediakan penjagaan dan keyakinan kepada memperkasakan wanita yang memakai hijab. Sunsilk telah bersama-sama menghasilkan Lively Clean & Fresh untuk menangani keperluan unik penjagaan rambut wanita yang berhijab dan mencipta pelbagai inisiatif untuk membolehkan mereka mencapai impian hidup. Pada tahun ini, Sunsilk sekali lagi menunjukkan komitmennya melalui kolaborasi strategik untuk memperkasakan diri mereka bagi mencapai potensi hidup yang sepenuhnya.

Menurut Ashlee Ng, Pengarah Pembinaan Jenama (Rambut, Deo & Perapian Lelaki), Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

“Terdapat pertalian yang rapat antara penampilan luaran dan keyakinan dalaman bagi wanita serta tindakan yang dilakukan mereka. Secara khususnya, para wanita berhijab mahukan kulit kepala yang bersih dan segar, lantas membolehkan mereka menikmati aktiviti harian, menyerlahkan personaliti mereka dan menjadikan aspirasi sebagai realiti. Selaras dengan itu, Sunsilk berhasrat untuk membentuk kolaborasi strategik dengan Islamic Fashion Festival (IFF) untuk memberi inspirasi kepada pemakai hijab untuk mencapai pelbagai kemungkinan.”

Sebagai peneroka dalam memenuhi keperluan pemakai hijab, Sunsilk telah mengorak langkah mengadakan aktiviti yang berkait dengan minat para wanita berhijab. Kerjasama dengan IFF direka untuk memperkasakan hidup para wanita ini dengan mewujudkan inspirasi dan menyediakan peluang untuk mencapai impian.

Selain itu, kolaborasi ini juga menyediakan platform yang unik untuk memupuk bakat baharu yang segar bagi membolehkan mereka mencapai puncak kerjaya mereka. Melalui peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh – Hijabku, Gayaku, para pereka fesyen hijab dan model boleh merebut peluang untuk menunjukkan bakat mereka di pentas fesyen antarabangsa IFF. 10 orang pereka dan model teratas daripada peraduan ini akan menerima peluang menyertai program mentor daripada personaliti ikonik industri fesyen.

Perjalanan mereka menuju kejayaan bersama para mentor seperti Dato’ Sri Raja Rezza Shah dan Rico Rinaldi akan dirakamkan melalui satu siri webisod melalui Sunsilk Malaysia di Facebook. Peserta yang berjaya akan diberi peluang untuk muncul dalam Segmen Sunsilk eksklusif semasa peragaan haute couture Islamic Fashion Festival (IFF) pada bulan November.

Pengasas dan Pengerusi IFF, Dato’ Sri Raja Rezza Shah.

“IFF dengan bangganya mengalu-alukan Sunsilk sebagai Penaja Khas untuk IFF KL 2013 PWTC minggu hadapan dan sebagai Penaja Segmen untuk IFF November nanti. Sokongan daripada jenama penjagaan rambut yang terkenal di dunia seperti Sunsilk adalah bukti pengiktirafan kejayaan penjenamaan antarabangsa IFF

Tayangan awal rekaan fesyen haute couture telah disaksikan melalui persembahan koleksi wanita Rico Rinaldi untuk tahun 2013. Koleksi yang bertemakan gaya hidup bandar yang bergaya ini menjadi lambang kepada keunikan gaya hijab untuk pakaian kasual, pakaian malam atau untuk majlis istimewa.

Selaras dengan usaha menghasilkan inspirasi, Sunsilk turut menghasilkan bersama program infotainment dengan AstroRia. Program yang bertajuk Hijabista ini menampilkan kandungan yang relevan dengan pemakai hijab seperti makeover, mini-drama, petua selebriti dan trend hijab yang terbaharu.

Sila layari http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk maklumat lanjut.

Sunsilk

Sunsilk

Sunsilk

Sunsilk

Mengenai Sunsilk
Sunsilk adalah jenama penjagaan rambut terkemuka Unilever, dijual di 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dan dengan jualan berjumlah US$1 bilion. Sunsilk ialah jenama terkemuka di pasaran penjagaan rambut Asia dan Amerika Latin. Sunsilk turut dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal. Di Malaysia, Sunsilk merupakan peneraju pasaran dengan 20% bahagian pasaran.

Mengenai Islamic Fashion Festival
Islamic Fashion Festival (IFF) telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Pengasas dan Pengerusi, Dato’ Sri Raja Rezza Shah untuk memperagakan fesyen Islam sebagai sesuai dipakai lagi bergaya di khalayak antarabangsa. IFF telah dibentangkan ke 14 destinasi di Asia Tenggara, Asia Tengah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Eropah, termasuklah pusat fesyen di New York dan London serta Monte Carlo.

Langkah-langkah untuk menyertai peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh – Hijabku, Gayaku
1. Saya ingin jadi pereka fesyen hijabi!
• Hantarkan gambar foto anda dengan sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh
• Hantarkan sehingga tiga (3) reka bentuk fesyen hijab dalam format JPEG, JPG dan PNG
• Sertakan butiran peribadi anda dalam ruang yang disediakan
• Klik hantar untuk menghantar penyertaan anda

2. Saya ingin jadi peragawati hijabi!
• Hantarkan dua (2) set foto anda dengan pakaian bertemakan London, Paris dan New York bersama sebarang produk Sunsilk Lively Clean & Fresh:
o Satu (1) keping gambar penuh badan
o Satu (1) keping gambar separuh badan
• Sertakan butiran peribadi anda dalam ruang yang disediakan
• Klik hantar untuk menghantar penyertaan anda

Nota:
o Saiz foto tidak melebihi 2MB
o Simpan resit sebagai bukti pembelian sekiranya anda tersenarai sebagai pemenang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Mega Everything Else Just Got Smaller

Heliza Helmi Penghias Kulit Majalah Lisa Keluaran Julai 2013