in

Sundance Channel & Astro Lancarkan Pertandingan Filem Pendek

Sundance Channel dan Astro akan melancarkan sebuah pertandingan buat julung kalinya diadakan seumpamanya bagi membolehkan para peminat Malaysia menghantar nukilan filem pendek untuk disiarkan di rangkaian saluran. Filem-filem tiga finalis terbaik akan disiarkan menerusi Sundance Channel HD (CH438) pada 2015 dan ditayang skrin dalam sebuah majlis eksklusif di di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

Bermula 29 September, para peminat berpeluang menghantar penyertaan filem pendek mereka di www.astrocircle.com.my/SCshorts sehingga tarikh tutup pada 23 November ini. Filem penyertaan mesti dihantar oleh penerbit atau pengarah bersama bukti pemastautinan mereka di Malaysia. Filem penyertaan juga disyaratkan tidak melebihi 12 minit dan terbukti belum pernah ditayangkan di mana-mana rangkaian televisyen di Malaysia. Penyertaan mesti menepati syarat teknikal Sundance Channel dan Astro seperti disiarkan dalam laman web tersebut, berserta butiran penerangan video termasuk tip-tipnya sekali. Maklumat tambahan akan dihantar melalui tweeter di hashtag #SCShorts.

[pullquote]3 Filem Terbaik akan Disiarkan di Sundance Channel HD (CH438) pada 2015 dan Ditayang Skrin dalam sebuah Majlis Eksklusif di Kuala Lumpur. Pemenang Hadiah Utama bakal menerima Hadiah Melancong ke Festival Filem Sundance 2015 di Park City, Utah.[/pullquote]

Pemenang Hadiah Utama akan menerima hadiah melancong ke Festival Filem Sundance 2015 yang akan berlangsung di Park City, Utah dan mendapat akses eksklusif ke acara-acara tayangan skrin, panel, dan majlis penyampaian anugerah. Hadiah melancong itu termasuk tikek penerbangan untuk dua orang dan kemudahan penginapan hotel tiga malam. Dua pemenang saguhati bakal menerima kamera digital profesional.

“Astro teruja untuk menawarkan sebuah platform bagi pembikin filem mempertonton filem pendek masing-masing buat julung kalinya di Sundance Channel,” jelas Junaidah Khan, Timbalan Presiden Kanan, English Customer Business, Astro.

“Inisiatif ini bakal memberi peluang kepada kalangan penggiat filem yang baru menceburi bidang ini untuk menayangkan hasil nukilan mereka buat tontonan audien yang lebih luas di samping menimba pengetahuan daripada para penggiat eksekutif ketika acara eksklusif Disember ini. Pemenang Hadiah Utama mendapat peluang unik untuk hadir ke Festival Filem Sundance pada bulan Januari nanti.”

“Pertandingan filem pendek pertama yang julung kalinya anjuran kami di Malaysia akan turut memaparkan semangat bersiaran yang didokong oleh Sundance Channel dan Astro, iaitu sebagai sebuah destinasi tayangan filem yang unik dan bebas,” kata Geraud Alazard, Timbalan Presiden Pemasaran, AMC Networks International. “Kami sangat gembira untuk memberi dokongan kepada para penggiat bebas terutama kalangan komuniti yang baru untuk menggunakan rangkaian saluran kami bagi menonjolkan daya kreativiti mereka. Kami juga terangsang untuk bekerjasama dengan Astro untuk mengetengah tiga finalis terbaik ketika acara yang diadakan Disember nanti.”

Penyertaan akan dihakimi berdasarkan beberapa kriteria, termasuk kreativiti, nilai hiburan, ketulenan penceritaan dan nilai penerbitan. Senarai juri hakim akan melibatkan wakil-wakil dari Sundance Channel, Astro dan komuniti pembikin filem. Pemenang finalis akan diumumkan pada 7 Disember ini.

Mengenai Sundance Channel
Sebagai penghargaan kepada misi pengasasnya, seniman Robert Redford, untuk meraikan kreativiti, Sundance Channel merupakan destinasi televisyen khusus untuk penonton berminda bebas yang mencari sesuatu kelainan. Dengan ciri-ciri teguh, imaginatif lagi tegas, Sundance Channel menawarkan kepada penonton dengan pelbagai filem, dokumentari dan program asal yang berkualiti tinggi lagi hebat. Sundance Channel, selain diedarkan secara meluas di Amerika Utara, turut mendapat sambutan hangat di Eropah, Asia, Amerika Latin, Afrika Utara dan Timur Tengah. Ia dimiliki dan dikendali oleh AMC Networks Inc. Ia merupakan sebuah jenama terkemuka lagi menarik yang boleh diperoleh dalam HD merentasi pelbagai platform.

Mengenai AMC Networks International
AMC Networks International (AMCNI), adalah bahagian global milik AMC Networks, yang menawarkan program-program hiburan bertaraf tinggi kepada lebih 140 negara dan wilayah, termasuk Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. AMCNI terdiri daripada jenama global, Sundance Channel dan AMC serta saluran-saluran terkemuka setempat dalam pelbagai genre program. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.amcnetworks.com/amcni.

Mengenai Astro Malaysia Holdings Bhd
Astro Malaysia Holdings Berhad merupakan sebuah gagasan media hiburan konsumer bersepadu yang terulung di Malaysia dan Asia Tenggara yang mengendali operasi dalam 4 bidang perniagaan utama iaitu TV Berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pengkalan 4.0 juta pelanggan perumahan atau sekitar capaian 58% kalangan isirumah TV Malaysia, Astro menawarkan 171 saluran TV, termasuk 39 saluran HD, yang dipaparkan menerusi platform satelit TV, IPTV dan OTT. Astro menyediakan khidmat HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV menerusi Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Sebagai memenuhi janji untuk merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysi, Astro memperkenal NJOI sebagai sebuah perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit bukan asas langganan pertama negara, dengan 22 saluran TV dan 20 saluran radio. Radio Astro termasuk stesen radio terbaik Malaysia merentasi bahasa utama setempat dan boleh dicapai menerusi saluran digital dan daratan, mencapai kira-kira 12.6 juta pendengar mingguan. Bahagian operasi digital terbabit dalam kerja penerbitan, aplikasi dan platform digital termasuk penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup setempat.

Astro juga diberi penghargaan terbaik setelah merangkul anugerah “Emas” dalam kategori Media dan Hiburan dalam Putra Brand Awards buat 5 tahun berturut-turut bermula 2010 hingga 2014, termasuk anugerah “Jenama Terbaik” tahun 2012 dan anugerah “Jenama Ikon” pada 2013. Baru-baru ini Astro turut merangkul tiga Stevie Awards ketika 2013 International Business Awards bagi inisiatif CSR. Anugerah-anugerah ini merupakan penghargaan kepada usaha Astro dalam memperjuang innovasi, kualiti dan tanggung jawab korporat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Teater P.Ramlee The Musical Musim Ke-3

Temubual Bersama Iedil Putra di Sesi Latihan P.Ramlee The Musical