in , ,

Senario Kembali Bergabung Dalam Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION

Kumpulan Pelawak Legend Malaysia, Senario Kembali Menerusi Filem Jaga-Jaga Senariounion Di Astro First. Menghimpunkan Buat Pertama Kali Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan & Illya Selepas Lebih Sedekad

Kumpulan komedian otai tanah air, Senario kembali membuat comeback selepas lebih sedekad menerusi filem JAGA-JAGA SENARIOUNION. Kumpulan Senario bukan satu nama asing dalam dunia komedi tempatan.

Mereka juga tidak sahaja mencipta fenomena luar biasa di platform televisyen menerusi ‘punchline’ yang menghiburkan serta melalui deretan lagu-lagu yang menguasai platform radio ketika itu,  tetapi turut menggegarkan dunia perfileman Malaysia mereka melalui filem-filem box office suatu masa dahulu.

Jadi, kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton. 

Jaga-Jaga Senariounion

Jaga-Jaga Senariounion yang sudah pastinya mengetengahkan genre komedi, bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini. Menariknya, filem ini memperlihatkan komedi dan lawak yang segar oleh kumpulan otai ini, namun masih mengekalkan identiti Senario. Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira

Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya. Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki. 

Jaga-Jaga Senariounion

Menurut Penerbit dan selaku Pengarah Jaga-Jaga Senariounion, Aziz M Osman berkata, “Kredibiliti saya sebagai pengarah turut diperkukuhkan menerusi filem-filem Senario, jadi Senario sudah menjadi sebagaian dalam karier dan hidup saya. Saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya. Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semual kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak Penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario. Jadi Jaga-Jaga Senariounion adalah buah tangan terbaru daripada Senario buat peminatnya. Bagi sudut pengarahan pula, tidak banyak cabaran besar yang dilalui, tetapi apa yang istimewanya ketika di set, semuanya rasa seperti dahulu kala. Buat penonton dari generasi baru, saksikan filem ini dan kenali kumpulan pelawak legend yang pernah menggamatkan suasana satu ketika dahulu. Saya menjanjikan elemen ‘wow’ dan komedi yang terkini menerusi Jaga-Jaga Senariounion. ” 

Jaga-Jaga Senariounion

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Astro amat dikenali dengan program-program mencungkil dan mengetengahkan bakat pelawak-pelawak di Malaysia, dan selaras dengan itu kami rasa amat berbesar hati dapat membawakan sebuah filem yang mengangkat kumpulan pelawak otai tanah air di platform Astro First. Lebih menarik, filem ini merupakan kemunculan semula mereka setelah lebih sebelas tahun dan tambah istimewa buat pertama kali menghimpunkan hampir kesemua ahlinya. Kami percaya kehadiran Jaga-Jaga Senariounion mampu mengembalikan nostalgia tersendiri dalam kalangan peminat dan para penontonnya. Jadi kami harap para penonton dapat berhibur dan bergelak ketawa dengan filem komedi ini bersama insan tersayang mahupun sahabat handai.”

Jaga-Jaga Senariounion

Langgan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

JAGA-JAGA SENARIOUNION

Tajuk: Jaga-Jaga Senariounion

Genre: Komedi

Pengarah: Aziz M. Osman

Produksi: Botak Production Management Sdn Bhd

Bahasa: Bahasa Malaysia

Durasi Filem: 90 Minit

Jumlah Hari Penggambaran: 10 Hari

Tarikh Penggambaran: 13 Dec-23 Dec 2021

Lokasi Penggambaran: Mantin Negeri Sembilan

Tarikh Tayangan Di Astro First : 21 April 2022

BARISAN PELAKON

Mohd Azlee bin Jaafar sbg Azlee

Illya Buang bin Shaharum sbg Tok Kadi

Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff sbg Saiful

Abdul Wahid bin Mohd sbg Wahid

Yassin bin Yahya sbg Yassin

Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli sbg Dato Hamdan

Nur Farisha Amira binti Aslan sbg Zila

Mas Said bin Abdul Ghani sbg Prono

Badrolshah bin Abdul Manan sbg Bala

Syaniza binti Hisham sbg Syanie

Aman Shah bin Asri sbg Amen

Siti Nora binti Sukiran sbg Nora

LAGU 

‘Yang Bertakhta Akhirnya’

Penyanyi M. Nasir

Penulis Lirik – Mohd Nasir Mohamed

Warner Chappell Music Malaysia Sdn Bhd

Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd 

‘Musim Kenduri Kahwin’ 

Komposer – Illya Buang

Lirik & Nyanyian Senario

‘Tralala Joget’

Bintang Malaya Hawaiian Band

Emi Colombia 33es 306

The Gramophone Company Ltd

PASUKAN PRODUKSI

Pengarah Seni : N.Manjit Singh A/L Norain Singh

Kesinambungan: Nurul Ain Binti Kamaruddin

Juru Kamera: 

Mohd Nazir Bin Ahmad

Norazam Bin Mohd Yusoff

Penata Bunyi: Nurzaidi Bin Abd Rahman

Sinematografi: Nazir Bin Ahmad

Suntingan: Salman Shaharuddin

Suntingan Akhir: Aziz M. Osman

Kesan Khas (Cgi): Hafiz Yusuf 2 Bros

Tatarias: Ezatul Eva @ Maizatul Eva Bt Muhammad

Busana: 

Nazirah Binti Mohd Isa

Muhammad Azri Husni Bin Muhamed Shaipudin

Pasca Penerbitan: Botak Production Management Sdn Bhd

LOGLINE 

Bila majlis akad nikah dibatalkan kerana dulang hantaran bernilai RM50 ribu disamun, muncul seorang penyiasat insuran mendedahkan unsur sabotaj dikalangan keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak pengantin. 

SINOPSIS

Keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk pengiring bakal pengantin – Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring. 

Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong. Ibu pengantin perempuan – Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku. 

Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan. 

Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa? 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom | 21

Internet Tanpa Had Yang Menjimatkan Di Musim Raya Dengan Celcom

Suki Low

Suki Low Rakam Single Berjudul NELANGSA, OST Filem THE ASSISTANT