in ,

Lama Tak Dengar! Ini Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 5 Minggu Ke-4

Lagu manakah yang bakal menyerlah pada minggu ini? Ramai netizen berpendapat dan teruja lagu One Night Only nyanyian Noryn Aziz bakal buat semua penonton di MBSA Shah Alam akan buat standing ovation. Sama-sama nantikan. Good luck buat semua peserta.

Perjuangan Shafie Rio di pentas GV5 terhenti di minggu keempat apabila diumumkan tersingkir Ahad lalu sewaktu keputusan diumumkan di akhir konsert.

Shafie, 53, telah memilih juara GV3 sebagai pasangan duetnya untuk menyampaikan lagu pilihannya sendiri iaitu ‘Ada Apa Dengan Cinta’ sempena cabaran minggu lalu yang bertemakan ‘Gegar Vaganza Bergegar Bergabung’.

GEGAR VAGANZA

Barisan juri juga sepakat berpendapat yang Shafie terlalu gemuruh sewaktu beraksi di atas pentas sehingga menjejaskan persembahan beliau pada malam tersebut.

Shafie juga turut mengakui dirinya berasa sedih dengan keputusan ini sehingga mengalirkan air mata saat diumumkan tersingkir. Namun begitu, beliau akur dengan keputusan juri.

Cabaran konsert pusingan kelima yang bertemakan ‘Lama Tak Dengar’ bakal memperlihatkan para bintang mendendangkan lagu-lagu hits retro yang popular sekitar tahun 70 & 80-an.

Amelina diberi cabaran untuk menyanyikan lagu ‘Pelangi Petang’ yang dipopularkan oleh penghibur nombor satu Asia iaitu Allahyarham Datuk Sudirman, Zamani (Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta), Mya Ruslee (Sekadar Di Pinggiran) Dia Fadila (Menghitung Hari), Forteen (Hatiku Luka Lagi), Hetty Sarlene (Mawar Putih Untuk Mama), Farawahida (Kau Merubah Segalanya), Noryn Aziz (One Night Only) dan Billy Zulkarnain (Antara Anyer Dan Jakarta).

  1. Amelina – Pelangi Petang
  2. Zamani – Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
  3. Mya Ruslee – Sekadar Di Pinggiran
  4. Dia Fadila – Menghitung Hari
  5. Forteen – Hatiku Luka Lagi
  6. Hetty Sarlene – Mawar Putih Untuk Mama
  7. Farawahida – Kau Merubah Segalanya
  8. Noryn Aziz – One Night Only
  9. Billy Zulkarnain – Antara Anyer Dan Jakarta

Jangan lupa temujanji kita untuk menonton Siaran Langsung Konsert Gegar Vaganza Musim 5 (Minggu Kelima) pada 28 Oktober 2018 (Ahad), jam 9.00 malam di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Siapakah yang bakal tersingkir?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sukan Extreme Dalam X-TREM PESONA

Apple Watch 4 iPhone XS, XS Max & XR Dijual di Malaysia