in , ,

Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?

Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia telah menghadiri kursus pra perkahwinan pada 15 Ogos lalu di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Kata Sufian, 28, kursus pra perkahwinannya itu bukan petanda dia bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.

“Baru-baru ini saya menghadiri kursus pra perkahwinan. Waktu PKP ini banyak masa saya gunakan untuk mengenali diri sendiri berbanding kenal orang lain.

– Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?
Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?

“Ada banyak perkara yang saya lakukan daripada sudut rohani dan jasmani.

“Kawan-kawan saya sudah ramai berkahwin terutama teman serumah zaman belajar, saya saja belum berkahwin dan apa yang belum cukup untuk berkahwin ialah kursus pra perkahwinan.

“Bukan sebab nak kahwin. Kursus kahwin ini majlis ilmu daripada tak buat apa-apa untuk ingatkan semula apa yang kita pernah belajar dahulu,”

– Sufian Suhaimi

Sufian ketika ditemui di pejabat urusan Aries Music di Cheras, Selangor pada Jumaat turut memberitahu dia tidak tertekan apabila diajukan soalan berkaitan rumah tangga.

“Saya tidak tertekan sebab saya tahu Allah telah susunkan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

“Saya bersyukur apa rezeki yang ada, mungkin tak dapat rasa rezeki punyai isteri dan anak-anak tapi saya dapat rezeki lain. Mungkin waktu saya belum lagi,”

– Sufian Suhaimi

Dalam pada itu, Sufian antara tiga penyanyi tempatan yang mendapat anugerah 2020 Mid Year JOOX Top Music Awards tahun ini menerusi lagu Janji.

“Saya sendiri pun terkejut kerana tidak menyangka lagu Janji mendapat jumlah penstriman tertinggi.

“Lagu itu sejujurnya antara single yang saya sendiri tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana anugerah pun,”

– Sufian Suhaimi

Selain Sufian, dua buah lagu tempatan yang mendapat anugerah terbabit adalah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Naim Daniel.

Dua buah lagu lain merupakan lagu dari penyanyi antarabangsa.

Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?
Sufian Suhaimi Hadiri Kursus Kahwin, Bakal Akhiri Zaman Bujang Tak Lama Lagi?

Dulu Tak Suka, Kini Sufian Suhaimi Gembira Dengan Nama Baby Pian

Penyanyi popular Sufian Suhaimi mengakui bahawa pada mulanya dia tidak suka dengan nama ‘Baby Pian’ yang ditujukan kepada dirinya.

Ujarnya, dulu dia tidak gemar dengan nama berkenaan apabila kartun-kartun dan jalan cerita yang dihasilkan oleh individu dikenali sebagai @AjiqHaris itu agak sensitif kerana menyentuh isu peribadinya.

“Pada awalnya tidak suka, tetapi bila dah ada Baby Faeq (anak angkat) dan nama Baby Pian tu selalu menjadi sebutan, saya anggap ia kombinasi antara Baby Faeq dan Sufian Suhaimi (Pian) sehinggalah tertubuhnya syarikat Baby Pian Legacy Sdn. Bhd.

“Bagi saya, terpulanglah orang nak anggap macam mana pun dan itu bukannya satu isu. Saya rasa dekat dan gembira dengan nama Baby Pian,”

– Sufian Suhaimi

Sufian berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOx Top Music Awards Top 5 Hits (Local) yang berlangsung semalam.

Penyanyi berkenaan mendapat anugerah berkenaan setelah lagu Janji nyanyiannya menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak streaming di JOOX dalam tempoh bulan Januari hingga Jun 2020.

Bercerita lebih lanjut mengenai syarikat berkenaan, Sufian berkata ia adalah syarikat bersama seorang rakan kongsi yang menjual produk diberi nama Zikir Pillow.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya agak sibuk apabila lagu Janji dilancarkan pada bulan Februari lalu dan pada masa sama melancarkan Baby Pian Legacy Sdn. Bhd.

“Apabila tiba-tiba PKP, ada banyak masalah sepajang tempoh itu kita kaji masalah cari penyelesaiannya. Walaupun baru setahun jagung, sudah banyak peningkatan yang dicapai.

– Sufian Suhaimi

Ujarnya, perniagaan yang dijalankannya itu mendapat sambutan yang hangat dengan permintaan yang tidak menang tangan daripada pelanggan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Demi Anak, Sharnaaz & Nabila Sanggup Bercuti Bersama

Justin Bieber Beli Rumah Agam Mewah Bernilai RM107.5 juta