in ,

Sufi Rashid Selamat Bertunang dengan Nurulain

Tahniah Sufie Rashid yang telah selamat melangsungkan pertunangan bersama wanita pilihan. Semoga hubungan kekal sehingga bila-bila. Tengok pada gambar yang disiarkan oleh Sufie di IG memang sangat sweet tunangnya.

Penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid telah bertunang dengan Nurulain Md Yusof di Senawang, Negeri Sembilan pada malam, Sabtu, 15 Disember 2018.

Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 27, berkata, kedua-dua belah pihak sepakat untuk mengikat tali pertunangan itu selama setahun.

Sufie Rashid

Keluarga Sufie dan Ain, 27 juga bersetuju untuk menetapkan jumlah wang hantaran perkahwinan sebanyak SGD10,000.00 atau kira-kira RM30,000 serba satu.

“Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya serta tunang saya.

“Selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak keluarga, perancangannya nak ikat selama setahun.

“Jadi, Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun hadapan. Wang hantaran pun juga telah ditetapkan keluarga kami.”

Majlis pertunangan yang hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat ini diadakan secara sederhana atas permintaan kedua belah keluarga.

Pada majlis istimewa itu, Sufi menyerahkan enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Juara Akademi Fantasia 2015 yang juga pengasas produk makanan Krispy Krunchee ini sudah mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu.

“Kami mengambil keputusan untuk berkahwin selepas dua tahun mengenali hati budi. Ain seorang yang sangat memahami dan kami saling menyokong satu sama lain.”

Kami di budiey.com mengucapkan selamat bertunang buat Sufi dan tunangnya. Semoga bahagia sehingga akhirnya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie 20 SEN Lakonan Carl Eqmal Hazali

Andrew Lee to be Featured in London’s New Year’s Day Parade