in

Minggu Setiausaha Suatu Masa Bersama Dato’ M.Nasir

Penyanyi dan komposer, Dato’ M.Nasir bakal mengadakan persembahan eksklusif bagi meraikan para setiausaha buat julung kalinya di menara tertinggi di Asia Tenggara pada Khamis, 28 April 2016 jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.

PROMO - Secretaries Week 2016 2

Dato’ M.Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir bin Mohamed juga dikenali dengan panggilan ‘Sifu’ dalam industri muzik Malaysia, merupakan seniman yang telah membabitkan diri dalam industri hiburan lebih daripada empat dekad. Beliau juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berbakat dan serba boleh.

“Menara Kuala Lumpur dengan berbesar hati menampilkan Dato’ M.Nasir bagi Minggu Setiausaha kali ini kerana kami amat mengagumi karya-karya hebat beliau yang telah memberi impak besar kepada Malaysia. Kami juga menghargai para peminat Dato’ M.Nasir yang ingin melihat dan beramah mesra bersama beliau secara lebih dekat (‘Up Close and Personal’) dan penampilan ini juga dilihat dari kejayaan perjalanan seni beliau sepanjang berada di dalam industri musik yang terus kekal sehingga sekarang.” kata Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

Selain Dato’ M.Nasir, persembahan eksklusif ini juga akan diserikan lagi dengan penampilan istimewa daripada penyanyi Jayjay yang popular dengan lagu Joget Angan Tak Sudah, Kekasih dan Harapan Menanti. Kami memilih beliau untuk menghiburkan para setiausaha disamping Dato’ M.Nasir adalah kerana melihat penglibatannya sebagai penyanyi dan pemuzik sudah menjangkau tempoh tiga abad dan masih dikenali dan terus aktif di pentas-pentas hiburan, sudah pasti ramai peminat yang menanti kemunculan beliau dan merindui alunan suara beliau diatas pentas persembahan.

Bukan itu saja, Minggu Setiausaha ini juga akan dihangatkan lagi dengan kemunculan, pelakon dan pengacara TV sensasi, Ogy Ahmad Daud yang akan turut bersama-sama menceriakan lagi Minggu Setiausaha Menara Kuala Lumpur Suatu Masa Bersama Dato’ M.Nasir ini. Terkenal dengan keletah beliau yang ‘sporting’ dan kelakar, kami pasti, pemilihan ‘Kak Ogy’ sebagai pengacara majlis akan mengamatkan lagi suasana Minggu Setiausaha Menara Kuala Lumpur ini.

“Dengan berkonsepkan ‘Suatu Masa…’, kami cuba untuk membawa para peminat Dato’ M.Nasir mengimbau kembali zaman kegemilangan beliau bermula sejak empat dekad yang lalu iaitu ketika zaman rock balada pada tahun 80an. Disamping itu, kami juga akan memperkenalkan menu makanan yang bersesuaian dengan konsep Minggu Setiausaha kali ini, iaitu menu ala kampung.” tambah beliau lagi.

Peminat bakal menikmati persembahan secara langsung oleh Dato’ M.Nasir yang disokong oleh ‘live band’. Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahan oleh Dato’ M.Nasir ialah Andalusia, Tanya Sama Itu Hud Hud, Apokalips, Gerhana, Kepadamu Kekasih, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi dan banyak lagi.

Orang ramai terutama para peminat Dato’ M.Nasir, dijemput untuk menyaksikan persembahan beliau dengan harga tiket yang ditawarkan bagi sebuah meja adalah diantara RM3,100.00 hingga RM7,600.00. ia bergantung kepada pakej-pakej yang berlainan iaitu VVIP, Platinum, Gold dan Silver. Setiap harga tiket adalah termasuk GST sebanyak 6%.

Tempat adalah terhad kepada 256 orang sahaja. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada para penaja seperti Eternelle Skincare, MyDezigner Label, Hotel Royal Kuala Lumpur dan FCC Malaysia.

MENGENAI MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur yang terletak di puncak Bukit Nanas, merupakan Menara ke tujuh tertinggi di dunia. Berdiri megah pada paras 421 meter di tengah ibukota Kuala Lumpur, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menarik antaranya pelantar pemandangan, restoran berputar, kafe, gerai cenderamata, mini zoo, mini akuarium and banyak lagi.

Menara ini dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Ianya merupakan ahli ‘The World Federation of Great Towers’, iaitu sebuah persekutuan yang dianggotai oleh 36 menara terkenal di dunia. Bermula 2007, dengan pengalamannya dalam mengendalikan Menara, Menara Kuala Lumpur kini menguruskan Muzium Telekom dan Menara Alor Setar.

Muzium Telekom ini merupakan muzium telekomunikasi yang pertama di Malaysia dan menawarkan Program Outreach dimana program ini mengutamakan pelajar yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang terdapat di Muzium Telekom tersebut. Di samping itu ianya juga menawarkan pengalaman kepada semua untuk merasai pengalaman perkhidmatan jalur lebar Unifi TM.

Sementara itu, Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5 meter adalah pusat pelancongan utama dan mercutanda kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aeril Zafrel

Senarai Penuh Pencalonan Malam Anugerah DFKL 2016

Video Video Semarakkan Cinta Malaysia Airlines di Youtube