in ,

Senarai Penuh Pencalonan Malam Anugerah DFKL 2016

Aeril Zafrel

Kemuncak pada penganjuran DFKL 2016 sudah semestinya adalah Malam Anugerah DFKL 2016 yang mengiktiraf pelakon, pengarah, penulis skrip dan drama yang menjadi pilihan penonton. Malam Anugerah DFKL 2016 ingin meraikan para peminat yang selama ini memberi sokongan padu terhadap drama-drama tempatan khususnya terbitan TV3 dan TV9 yang mendapat sambutan dan rating tertinggi pada tahun 2015.

Kali ini kemuncak malam Anugerah DFKL 2016 bakal berlangsung secara langsung dari Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Mac 2016.

Hidayahmu Ramadan_v1

Para peminat boleh mengundi pelakon dan drama terbaik pilihan anda di laman web rasmi DFKL www.dfkl.com.my sehingga 29 Februari ini. Berikut adalah 8 kategori yang akan dipertandingkan bagi kategori drama dan senarai calon-calon akhir untuk setiap kategori adalah seperti di bawah:

Aktor Pilihan:

Fattah Amin (Hello Mr. Perfect), Aeril Zafril (HidayahMu Ramadan), Syarul Ridzwan (Kau Aku Kita), Dato Rahim Razali (Mak Cun), Syafie Naswip (Wadi), Johan As’ari (Waris Kasih), Izzue Islam (Suami Sebelah Rumah), Keith Foo (Keluarga Pontimau), Shukri Yahaya (Asam Pedas Untuk Dia), Fezrul Khan (Alif Imani) dan Fadlan Hazim (Dunia Generasi Baru).

Aktres Pilihan:

Putri Balqis (Akulah Balqis), Zara Zya (HidayahMu Ramadan), Janna Nick (Kau Aku Kita), Eirma Fatima (Mak Cun), Ruhainies (Hello Mr. Perfect), Dayana Roza (Asam Pedas Untuk Dia), Ayda Jebat (Suami Sebelah Rumah), Marsha Milan (Keluarga Pontimau), Izreen Azminda (Eksperimen Cinta), Ummi Nazeera (Alif Imani) dan Zahirah Macwilson (Dunia Generasi Baru).

Pengarah Pilihan:

Pali Yahaya (Akulah Balqis), Eoon Suhaini (HidayahMu Ramadan), Bade (Mak Cun), Azman Hj. Yahya (Kau Aku Kita), Heykal Hanifah (Wadi), Zul Huzaimy (Waris Kasih), Nuad (Abang Sado Jemur Kain), Emi Suffian (Eksperimen Cinta), Kabir Bhatia (Keluarga Pontimau), Khairul Amri (Alif Imani) dan Syed Khairul Fariz (Dunia Generasi Baru).

Skrip Pilihan:

Eirma Fatima (Akulah Balqis & Mak Cun), Azlin Pa’wan (HidayahMu Ramadan), Rehal Nuharis (Kau Aku Kita), Mahizan Husain (Wadi), Che Li (Waris Kasih), Rosmadewi (Abang Sado Jemur Kain), Mufid Suhaimi (Eksperimen Cinta), Ashraf & Shamain (Keluarga Pontimau), Wan Mahani (Alif Imani) dan Wan Hasliza (Dunia Generasi Baru).

Lagu/OST Pilihan:

Sorry-sorry Sayangku (Nomad – OST Hello Mr Perfect), Potret (Akim & The Magistrate – OST Dia Isteri Luar Biasa), Hidayahmu (Ippo Hafiz – OST HidayahMu Ramadan), Mak Cun (Betty Rahmad & Eirma Fatima – OST Mak Cun), Hati Mati (Ezad Lazim – OST Wadi), Biarkanlah (Drama Band – OST PadaMu Aku Bersujud), Terlalu Rindu (Elena Harris – OST Alaa Bib), Boom (5Beats – OST Keluarga Pontimau), Dasyat (Mojo – OST Aliff Imani), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff – OST Dunia Generasi Baru) dan Mungkin Kamu (Sissy Iman – OST Eksperimen Cinta)

Antagonis Pilihan:

Ruhainies (Hello Mr. Perfect), Sharifah Shahora (HidayahMu Ramadan), Amyza Adnan (Wadi), Ammar Aflian (Abang Sado Jemur Kain), Faye Kusairi (Eksperimen Cinta), Ardell Aryana (Asam Pedas Untuk Dia), Emma Akma (Alif Imani), Kaka Azraff (Dunia Generasi Baru), Datin Umie Aida (Mak Cun), Aleza Shadan (PadaMu Aku Bersujud) dan Nonny Nadirah (Dia Isteri Luar Biasa).

Drama Pilihan:

Hello Mr. Perfect!, HidayahMu Ramadan, Kau Aku Kita, Mak Cun, Wadi, Waris Kasih, Abang Sado Jemur Kain, Keluarga Pontimau, Eskperimen Cinta, Alif Imani dan Dunia Generasi Baru.

Pasangan Pilihan:

Syarul Ridzwan & Janna Nick (Kau Aku Kita), Keith Foo & Marsha Milan (Keluarga Pontimau), Aeril Zafrel & Zara Zya (HidayahMu Ramadan), Fattah Amin & Ruhainies (Hello Mr. Perfect), Fahrin Ahmad & Izreen Azminda (Eksperimen Cinta), Dato Rahim Razali & Eirma Fatima (Mak Cun), Fezrul Khan & Ummi Nazeera (Alif Imani), Shah Jaszle & Janna Nick (Abang Sado Jemur Kain), Syafie Naswip & Ardell Aryana (Wadi), Fadlan Hazim & Zahirah Macwilson (Dunia Generasi Baru), Johan As’ari & Farisya Irwayu (Waris Kasih).

eksperimen cinta_FA

Minggu ini juga bakal berlangsungnya siri jelajah terakhir DFKL 2016 bertempat di Sunway Putra Mall, pada 20 & 21 Februari ini. Orang awam dijemput hadir ke siri jelajah terakhir di Kuala Lumpur ini bagi menyertai kemeriahan dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti sesi ujibakat lakonan, sesi ramah mesra bersama Duta DFKL 2016 iaitu Syarul Ridzwan, dan juga pelakon-pelakon drama seperti Fattah Amin, Syafiq Kyle, Beego, Mira Filzah, Adi Putra dan ramai lagi.

Jangan lupa juga untuk pembuat pendaftaran awal bagi menyertai bengkel DFKL 2016 yang dijayakan oleh 11 karyawan hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datin Sri Umie Aida, Datin Sharifah Shawati, Elie Suriati dan ramai lagi.

Bagi yang berminat, pembayaran bengkel secara online turut boleh dibuat di laman web rasmi dan juga www.wowshopping.com.my/tags/dfkl-2016. Maklumat lanjut mengenai bengkel yang boleh diikuti pada 17 dan 18 Mac nanti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) adalah seperti berikut:

17 Mac 2016 (Khamis) 9.30 pagi – 12.30 tgh hari 2.30 petang – 5.30 petang
Bengkel A Lakonan – Datuk Rosyam Nor

Animasi – Faizu Khalid (Les Copaque)

Pengarahan – Ellie Suriati

Solekan kesan khas – J.Lo Zali

Bengkel B Pengarahan – Ahmad Idham

Penampilan diri (Etika Komunikasi) -Datin Sharifah Shawati

Lakonan – Datin Seri Umie Aida

Penampilan Diri (Imej) – Raja Nadia Sabrina

18 Mac 2016 (Jumaat) 9.30 pagi – 12.30 tgh hari 2.30 petang – 5.30 petang
Bengkel C Pengarahan – Azman Hj. Yahaya (Jinggo)

Penampilan Diri (Imej) – Awal Ashaari

Lakonan –Datuk Rosyam Nor

Pengarahan – Ahmad Idham

Bengkel D Pengarahan – Ellie Suriati

Animasi – Usamah Zaid (Wau Animation)

Solekan kesan khas – J.Lo Zali

Lakonan – Datin Seri Umie Aida

Layari juga laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai DFKL 2016.

HelloMrPerfect_Poster_1

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem ZOOTOPIA

Minggu Setiausaha Suatu Masa Bersama Dato’ M.Nasir