in

Suasana Retro Ceria di Hotel Re! Singapura

Suasana Retro Ceria di Hotel Re! Singapura.
oleh Shah Shamshiri

Pada kebiasaannya, ramai orang menggemari kelainan. Apatah lagi dalam memilih tempat penginapan semasa bercuti. Memang semua kota mempunyai banyak jenis hotel serta tempat bermalam tetapi biasanya kita memilih suatu tempat penginapan kerana faktor-faktor tertentu. Selain harga yang menarik dan bersesuaian dengan belanjawan peribadi kita, ciri-ciri lain juga bisa menjadi sebab untuk memilih sesebuah hotel. Antaranya, termasuklah senireka dalaman serta pekhidmatan yang ditawarkan.

re2

Dan untuk itu, Hotel Re! @ Pearl’s Hill di Singapura mempamerkan kelainannya yang tersendiri. Hotel yang terletak tidak jauh dari daerah Chinatown dan Clarke Quay ini merupakan bangunan sebuah sekolah rendah satu ketika dahulu. Namun pada tahun 2001, ia telah diubah menjadi sebuah asrama pelajar Stamford tetapi akhirnya dijadikan hotel dengan tema ‘retro’ yang sangat unik dan funky!

Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam hotel ini, anda akan diselubungi oleh ajnas warna-warni yang menghidupkan suasana ceria. Hotel yang mempunyai 12 tingkat ini mempunyai 140 buah bilik bertema dengan keluasan yang berbeza. Kesemua bilik dihias indah dengan perabot unik berilhamkan tema retro serta kelengkapan teknologi terkini. Setiap bilik mempunyai warna utama yang terang dan berbeza.

Tema ‘dulu-dulu’ ini juga terlihat di bahagian lain hotel Re! seperti di restoran Re!Fill yang menyajikan pelbagai hidangan enak sepanjang hari dari sarapan sehinggalah ke makan lewat malam. Buat yang suka bersantai pula bolehlah mengunjungi Re!Wine, sebuah bar yang terletak di balkoni hotel di tingkat dua sambil menikmati makanan ringan serta minuman. Terdapat juga sebuah dewan besar yang menyediakan hidangan buffet di antara jam 11 pagi hingga tiga petang di bahagian luar hotel menarik ini.

Tidak ketinggalan juga, ruangan-ruangan khas buat para tamu yang ingin mengadakan majlis-majlis atau mesyuarat-mesyuarat tertentu. Bagi yang ingin bersenam, bolehlah mencuba Re!Charge, gimnasium hotel yang turut mempunyai suasana segar nan ceria. Ini diikuti dengan Re!Fresh, sebuah pusat ketenangan yang mempunyai perkhidmatan mirip spa seperti rawatan muka, kuku, kaki dan tangan, urut, serta macam-macam lagi. Kesemua perkhidmatan ini dapat anda nikmati sambil menjiwai tema retro hotel Re!

Lokasinya yang sangat strategik memudahkan orang ramai untuk mengunjunginya kerana ia tidak jauh dari stesen MRT Outram Park. Di samping itu, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan bas penghantar dari perkarangan pintu hotel ke beberapa destinasi tertentu secara percuma seperti stesen MRT Outram, Orchard Road, Harbour Front dan beberapa tempat lagi. Jadi bagi mereka yang tercari-cari kelainan serta keunikan dalam sesebuah hotel, di samping harga yang sangat berpatutan, singgahlah ke Hotel Re! @ Peral’s Hill di Singapura. Suasana ceria dan terang hotel ini pasti akan sentiasa kekal dalam ingatan anda dan memanggil-manggil anda untuk datang lagi!

re3

re4

re5

re6

re7

re8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ning @ KL Live Ning Baizura

Gambar Pasangan Selebriti di Anugerah Skrin 2011