in

Suara Jalaludin Hassan Dalam MANKIND THE STORY OF ALL OF US

HISTORY™ MENGUMUMKAN PELAKON TANAH AIR TERSOHOR DATO’ JALALUDIN HASSAN SEBAGAI PENGISAH BAHASA MALAYSIA UNTUK ‘MANKIND’ THE STORY OF ALL OF US

TAYANGAN PERDANA DI SELURUH DUNIA RABU, NOVEMBER 14 di HISTORY Saluran Astro 555

HISTORY mengumumkan pelakon tersohor tanah air, Dato’ Jalaludin Hassan sebagai pengisah Bahasa Malaysia untuk siri epik 6 bahagian, MANKIND THE STORY OF ALL OF US yang akan ditayang perdana pada Rabu, 14 November, pada 9pm di HISTORY (Saluran Astro 555).

Dato’ Jalaludin merupakan pelakon berpengalaman asal Malaysia yang terkenal dengan pelbagai peranan beliau dalam filem dan drama industri perfileman Malaysia. Selain itu, beliau amat terkenal sebagai pengacara “Who wants to be a Millionaire” yang amat mengagumkan, selain peranan beliau dalam Astana Idaman, Ringgit Kasorga, dan sebagainya.

Dato Jalaluddin Hassan

“Saya berasa besar hati kerana diberi peluang untuk mengisahkan versi Bahasa Malaysia siri sejarah ini. Mankind menceritakan evolusi kita sehingga kejayaan yang dikecapi” kata Dato’ Hassan.

Program yang dihasilkan dalam dua tahun ini merupakan salah satu siri televisyen yang paling mendalam yang dihasilkan oleh HISTORY. MANKIND merupakan siri perdana global yang pertama dalam sejarah saluran ini, di samping merupakan inisiatif berfokus pada pendidikan di seluruh dunia.

“MANKIND THE STORY OF ALL OF US” merupakan satu usaha penerbitan HISTORY yang menakjubkan. Siri ini akan memberi makna baru kepada sejarah bagi umat manusia di seluruh dunia – bagaimana ia diceritakan, bagaimana ia dilihat, bagaimana ia dialami. Dengan adanya pelakon yang terkemuka seperti Dato Jalaludin Hassan untuk menceritakannya dalam Bahasa Malaysia, kami memastikan siri yang mengujakan ini difahami oleh semua warga Malaysia” kata Louis Boswell, Pengurus Tinggi, AETN All Asia Networks.

MANKIND merupakan siri televisyen pertama dalam generasi ini untuk meneliti umat manusia zaman demi zaman, tetapi menerusi cara yang beraspirasi tinggi, dengan skala sinematiknya yang amat tinggi. Teknologi CGI yang menakjubkan serta penyusunan peristiwa-peristiwa secara dramatik memberi nafas baru kepada sejarah manusia, dan pasti akan menambat hati para penonton.

Dalam setiap episod, misteri sejarah perkembangan manusia akan dibongkar, bermula daripada alatan pertama yang digunakan untuk membina piramid, sehingga lahirnya pertanian dan revolusi dalam teknologi tentera, di samping ketibaan orang-orang Viking di Amerika, penemuan dunia baru, peristiwa-peristiwa kemuncak dalam revolusi industri dan perkembangan dunia moden ini.

Tambahan pula, dengan menggabungkan pelbagai bidang sains, MANKIND akan menetapkan piawaian untuk peristiwa-peristiwa sejarah yang penting, dan bagaimana ia dialami. Menerusi geologi, astronomi, meteorologi, dan fizik, filem ini menyelidiki kuasa-kuasa semula jadi dan meneroka keupayaan umat manusia untuk memanfaatkan kuasa-kuasa semula jadi ini melalui kejuruteraan, sains, dan inovasi untuk menjamin kehidupan mereka. Apa yang menakjubkan ialah perkembangan manusia bukan didorong oleh peristiwa serta aktiviti beratus-ratus tahun dahulu, tetapi beribu-ribu atau berjuta-juta tahun dahulu.

HISTORY sekali lagi berganding tangan dengan kumpulan penerbitan Nutopia yang diketuai penerbit Jane Root dan Ben Goold, kumpulan sama yang menghasilkan America the Story of Us, sebuah hasil yang dinobatkan pemenang dalam Anugerah Emmy pada tahun 2010, dan merupakan rancangan yang paling mendapat sambutan dalam sejarah saluran ini.

Michele Schofied-Senior VP Programming and Marketing AETN All Asia Networks

Michele Schofied and Dato Jalaluddin Hassan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrity Marriage Kevin Jonas & Danielle Delease

Gambar Majlis Resepsi Datuk Lee Chong Wei & Datin Wong Mew Choo