in ,

Zizan Razak Gamatkan STRAWBERI & KARIPAP HELLO GOLD COAST

Astro First Eksklusif membawakan sebuah supertelefilem terbaru, kesinambungan dari Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris, iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Berlatar belakangkan keindahan bumi Australia, supertelefilem dengan genre komedi famili ini menyaksikan gandingan mantap pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop, Anugerah Meletop Era iaitu Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah sinonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini.

Dua bintang cilik utamanya Mia Sara yang juga pengacara bersama Ceria All Stars dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27, Rykarl Iskandar sekali lagi dipilih menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah prolifik Nizam Zakaria ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast padat dengan aksi pengembaraan lucu dua bintang kecil tersebut di samping keletah bintang undangan Zizan Razak yang pastinya menceriakan supertelefilem terbitan Global Station Sdn Bhd ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 26 November 2015 ini.

Hadzelynda Khairuddin, Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja berkata, “Kejayaan dan sambutan luar biasa yang diterima kami menerusi supertelefilem Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris pada tahun lalu adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Kebanyakan dari penonton terutamanya kanak-kanak terhibur dengan jalan cerita dan lakonan yang ditampilkan. Justeru, kali ini kami tampil dengan supertelefilem terbaru yang eksklusif, dengan penceritaan yang lebih kemas serta aksi lakonan mantap dan bersahaja dari semua yang terlibat. Istimewa kali ini, kalau dahulu kita telah tampilkan keindahan kota Paris sebagai latar belakang produksi yang pertama, kini kami kembali dengan pengembaraan yang lebih menarik dan mencabar di bumi Australia pula”.

“Strawberi & Karipap Hello Gold Coast bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberikan tauladan yang baik kepada anak-anak kita yang menontonnya melalui penerapan nilai-nilai murni yang boleh kita lihat di sepanjang supertelefilem ini disiarkan. Jenama Strawberi karipap yang tidak asing lagi bagi saluran 611, Astro Ceria ini padat dengan mesej kekeluargaan serta turut memaparkan sifat yakin diri dan kebijaksanaan Nini dan Haikal dalam menyelesaikan masalah orang dewasa”.

“Kami berbesar hati menerima pelawaan Tourism Australia dan Tourism & Events Queensland untuk berkerjasama dengan pihak ASTRO dan Global Station dalam merealisasikan supertelefilem Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Kami sangat bertuah kerana dapat berkongsi keunikan dan keseronokan bumi Gold Coast bersama penonton melalui supertelefilem ini. Oleh itu, kami begitu berharap agar para penonton terutamanya anak-anak di luar sana akan berasa terhibur dengan buah tangan kami yang cukup istimewa ini”, ujar Hadzelynda lagi.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast mengisahkan misi Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl Iskandar) yang telah merancang satu percutian keluarga ke Gold Coast, Australia demi menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin). Di sana, mereka telah ditemukan dengan BRO Z, pemandu pelancong di Gold Coast. Pelbagai situasi dan kejadian melucukan terjadi sepanjang berada di Gold Coast. Percutian Nini dan Haikal di Gold Coast menjadi sebuah pengembaraan yang sangat menarik dan menyeronokkan! Mereka berpeluang bermain dengan ikan paus, bermesra bersama beruang koala, berseronok di Movie World, menaiki belon udara panas dan banyak lagi pengalaman yang menarik!

Bagi memeriahkan lagi demam Strawberi & Karipap Hello Gold Coast ini, pihak ASTRO turut berkerjasama dengan PNL Travel untuk Pakej Percutian Strawberi & Karipap Hello Gold Coast di mana penonton bukan sahaja boleh melihat keseronokan bumi Gold Coast di kaca TV, malah kini boleh merasai keunikan Gold Coast bersama dengan Mia Sara & Rykarl Iskandar. Malah, peminat juga boleh mendapatkan Aplikasi Permainan Strawberi Karipap Hello Gold Coast di mana ianya boleh dimuat turun melalui IOS & Android. Dua Bintang Akademi Fantasia, Ewal dan Ziha telah dipilih menyanyikan lagu tema Strawberi & Karipap Hello Gold Coast, Sayang Sayang ciptaan komposer dan penulis lirik tersohor tanahair; Omar K & Audi Mok.

Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First saluran 480 mulai 26 November 2015 ini, bersempena dengan cuti persekolahan. Pelanggan Astro yang berhasrat untuk menontonnya boleh melanggan supertelefilem ini dengan harga RM15.90 (termasuk GST) dan menontonnya berulang kali selama 48 jam bagi setiap langganan

Dikeluarkan oleh bahagian komunikasi Astro. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-9543 6688:
Erlina Zahidi samb. 2625 / [email protected] @ Dhiya Aizat samb. 5052/ [email protected]

Mengenai Pakej Percutian Strawberi & Karipap Hello Gold Coast
Istimewanya kali ini, PNL Travel dengan kerjasama Astro dengan bangganya menawarkan peminat dan penonton Strawberi & Karipap peluang merasai sendiri pengalaman bercuti di Gold Coast bersama Nini & Haikal. Percutian selama 6 hari ini memberi peluang peminat mengembara bersama Nini dan Haikal di Gold Coast dan menikmati sendiri keindahan dan merasai segala keseronokan aktiviti-aktiviti menarik yang dipaparkan dalam supertelefilem ini.

Antara kelebihan percutian ini adalah ianya menerapkan elemen pembelajaran yang menyeronokkan – daripada menambah pengetahuan tentang hidupan liar Australia di santuari haiwan sehinggalah memberi makan dolphin sehinggalah melawat pulau pasir ketiga terbesar di dunia! Dengan harga istimewa bermula dari RM 5,500 untuk dewasa dan RM 4,400 untuk kanak-kanak, pakej mesra Muslim ini boleh didapati bermula 26 November ini. Untuk keterangan lanjut berkenaan pakej percutian ke Gold Coast bersama Nini dan Haikal ini, peminat bolehlah menghubungi PNL Travel di talian 03-92844859, ataupun emel mereka di [email protected] dan juga interaksi secara langsung di www.pnltravel.com.my.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peminat Pantai Timur Banjiri Lokasi Jelajah Bas #DramaSangat

Rakaman KONSERT RATU Satukan Penyanyi Fauziah Latiff, Ella & Amelina