in , ,

Peminat Pantai Timur Banjiri Lokasi Jelajah Bas #DramaSangat

Siri ketiga jelajah bas #dramasangat TV3 & TV9 edisi Pahang dan Terengganu telah menggegarkan peminat-peminat Pekan, Kuantan dan Kemaman pada 13 hingga 15 November lalu. Siri jelajah yang masuk edisi ketiga ini telah berjaya menarik 50,000 pengunjung bagi empat lokasi jelajah kali ini iaitu di Dataran Pekan, Berjaya Megamal Kuantan, Dewan Dato’ Sri Amar Diraja, Kemaman dan juga Megalanes Bowling, Kuantan.

Kali ini jelajah bas dramasangat membawakan barisan pelakon-pelakon utama drama-drama yang sedang bersiaran di TV3 dan TV9 seperti, Janna Nick & Syarul Ridzwan (Kau, Aku Kita), Keith Foo (Keluarga Pontimau), Amyra Rosli (Dhia Sofea), Amar Baharin (Alif Imani), Elizad Sharifuddin (Kifarah Mistik), Fattah Amin dan Ruhainies (Hello Mr. Perfect!).

Untitled

50, 000 PEMINAT PANTAI TIMUR BANJIRI LOKASI JELAJAH BAS #DRAMASANGAT

Kesemua pelakon yang buat kali pertama menyertai siri jelajah ini kecuali Syarul Ridzwan, Fattah Amin dan Janna Nick yang masuk kali kedua menyertai jelajah ini, nyata sangat teruja dengan sambutan hebat peminat-peminat di Pahang dan Terengganu ini. Mereka tidak menyangka kehadiran mereka akan diterima baik oleh para peminat yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menemui mereka.

Ada juga peminat yang datang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru sanggup turun ke negeri Pantai Timur ini untuk memberi sokongan buat artis kesayangan mereka. Edisi kali ini turut berjaya trending di Malaysia dengan #dramasangat di laman sosial twitter.

Untitled

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, “Alhamdulillah, inisiatif pertama TV3 dan TV9 untuk mengadakan siri jelajah bas #dramasangat di tiga lokasi berlainan iaitu Selatan, Utara dan Pantai Timur pada tahun ini berlangsung dengan sukses. Kami mendapat respon yang amat-amat positif oleh pencinta-pencinta drama melayu tempatan dan turut menerima banyak permintaan dan jemputan oleh peminat agar bas #dramasangat datang ke tempat mereka.

Kami amat berterima kasih dan terharu atas sokongan tanpa henti yang ditunjukkan oleh para peminat. Siri jelajah bas #dramasangat ini bukan sahaja memberikan peluang yang jarang-jarang didapati iaitu bertemu pelakon pujaan yang dibawakan khas untuk menemui mereka, malah memberi impak tersendiri untuk pelakon-pelakon yang menyertai siri jelajah ini. Mereka dapat melihat sendiri sokongan yang ditunjukkan dan menghargai peminat-peminat yang setia mengikuti drama lakonan mereka. Jika tiada halangan siri jelajah ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan”.

Jelajah bas dramasangat turut memberi peluang untuk peminat setia iaitu Roslidah Binti Ismail dari Kemaman yang terpilih menerusi peraduan #Dramasangat mendapat layanan eksklusif iaitu menaiki bas, beramah mesra, menyertai aktiviti dan bergambar bersama artis kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Pelbagai aktiviti dilakukan bagi memeriahkan lagi siri jelajah ini antaranya ialah sesi prebiu drama dan twitter take over di dalam bas, sesi ramah mesra, bergambar bersama peminat dan aktiviti sukaneka. Hari terakhir, aktiviti bermain bowling bersama peminat terpilih yang sepatutnya diadakan secara tertutup turut sesak dibanjiri oleh para peminat yang telah setia menunggu dari awal pagi. Anda juga boleh ke laman youtube TV3MALAYSIA Official untuk melihat bingkisan istimewa yang sempat dirakamkan sepanjang tiga hari siri jelajah bas #dramasangat pantai timur ini berlangsung.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Memori 20 Tahun Filem Cinta Paling Agung DILWALE DULHANIA LE JAYENGE

Zizan Razak Gamatkan STRAWBERI & KARIPAP HELLO GOLD COAST