in

Stesen Komuter Mid Valley & KL Sentral Berasap?

Pejam celik – pejam celik, hanya tinggal satu hari lagi filem Suatu Malam Kubur Berasap akan ‘berasap’ di semua pawagam seluruh Malaysia. Budiey ada kerap juga terbaca di Twitter yang mana semua orang dah tak sabar nak menonton filem komedi seram ini. Secara jujurnya, Budiey yang dah tonton 2 kali pun rasa nak tengok sekali lagi dan melihat sendiri respon orang ramai.

Dalam pada itu, promosi untuk filem ini sedang giat dijalankan. Pada minggu lepas, dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), syarikat penerbit filem outLOUD Studios Sdn. Bhd telah berjaya membuatkan lebih kurang 3000 penumpang komuter ‘berasap’ dengan kehadiran ‘hantu-hantu’ dari filem Suatu Malam Kubur Berasap. Haa, pastinya ramai yang terkejut melihat kelibat hantu secara tiba-tiba menjengah mereka dari belakang. Tapi sebenarnya, ini hanya gimik untuk mewar-warkan kepada orang ramai yang tarikh tayangan filem Suatu Malam Kubur Berasap dah pun hampir.

Promosi ini dihangatkan lagi dengan kehadiran dua pelakon baru dari filem Suatu Malam Kubur Berasap dari program realiti Raja Lawak iaitu Wira dan Faiz. Memang suasana jadi kecoh jugak lah bila mana mereka ni bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi telatah mereka yang lucu ditambah dengan aksi seram dengan kostum hantu dan berjaya ‘mengasapkan’kan keadaan.

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

“Maklumbalas dari pengunjung adalah sangat positif di samping ia merupakan aktiviti promosi filem yang pertama dijalankan di komuter dan juga ia merupakan usahasama dengan KTMB dan tidak ada lagi mana-mana pihak produksi filem membuat promosi filem seperti ini”, menurut Ernie Chen selaku Penerbit Eksekutif dan Pengarah untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Sepanjang promosi ini dijalankan, penumpang KTM dan juga pengunjung di KL Sentral telah diberikan kalendar dan juga risalah (flyers) SUATU MALAM KUBUR BERASAP. Bagi pengunjung yang bertuah mereka juga mendapat t-shirt dan juga poster dengan menjawab soalan yang mudah daripada Wira dan Faiz.

Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP adalah filem yang bergenrekan seram komedi yang akan berasap di pawagam pada 22 Disember 2011. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.suatumalamkuburberasap.com.

VIDEO : Suatu Malam Kubur Berasap – Serang KTM

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

What do you think?

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0
Pembaca Setia

Written by Budiey (Admin)

Seorang photojournalist yang selalu mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi terbaharu dan masih setia menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif merakam vlog momen di sebarang acara, menemubual selebriti dan menerbitkan video di Budiey Channel. Konsisten mengadakan sesi tontonan filem di Premiere With Budiey setiap minggu dan seronok bertemu dengan pengikut setia, Budieyators. Obses dengan filem seram & thriller.

Memorandum Persefahaman Antara Industri Muzik Malaysia & Indonesia

Gambar Anzalna Nasir Pelakon Drama Gemersik Kalbu