in

Gambar Anzalna Nasir Pelakon Drama Gemersik Kalbu

Untuk kali ini, entah berapa kali Budiey bersua muka dengan pelakon cantik manis berwajah ala Pakistan, Anzalna Nasir ni. Tapi masih ingat lagi, kali pertama berjumpa dengan gadis berusia 23 tahun ini masa rakaman Melodi Raya kat PWTC. Serupa dan tetap sama, Anzalna tetap seperti dulu, walaupun sekarang nama dia dah sikit dikenali. Tak hairan kalau ada yang kata Anzalna ni antara pelapis pelakon. Kalau tak silap, Anzalna ni dulu pernah berlakon dalam iklan seperti Celcom, Franch Oil dan ECPI. Cun tak cun, Anzalna ni pernah dicop bakal menggugat pelakon senior, malah ada yang cakap dia sekarang menjadi perhatian lelaki kaya. Maklumlah, sekarang kan tengah cun melecun nih.

Pada Budiey, Anzalna ni nampak urban sikit. Cakap pun speaking London dengan Budiey. Budiey ni sekadar lulus SPM je, terkebil-kebil dengar Anzalna speaking. Patutlah, Anzalna atau nama penuhnya, Nur Anzalna Md Nasir ini lepasan Diploma Bahasa Perancis di Launceston College Tasmania, Australia. No wonderlah, lancar je dia speaking.

Terbaru, Anzalna sekarang tengah sibuk berlakon drama Gemersik Kalbu. Watak yang dipegang bukan sembarangan sebab Anzalna ni jadi jahat. Memang jahat sangat la watak ni. Dijangka, Anzalna akan dibenci oleh penonton drama Gemersik Kalbu dek watak yang luar biasa jahatnya. Tapi kat luar, Anzalna tak lah jahat.

Nama Anzalna popular selepas berlakon siri drama Suria Di Cordoba (Astro Prima) dan Ramadan Terakhir (TV3) dan beliau tak menolak jika ada tawaran untuk berlakon filem. Cuma kena tengok pada kesesuaian watak. Sekarang ni, ramai yang kata Anzalna ni sesuai bawa watak penggoda dan jahat. Namun, jauh dari itu, Anzalna tak mahu terikat dengan satu karakter sahaja. Tak sabar gak nak tengok Gemersik Kalbu, drama yang diadaptasi dari novel ni bersiaran. Nak tengok sejauh mana karakter jahat yang dibawa oleh gadis yang baru putus cinta Ogos lalu.

Oh, cakap pasal putus cinta, Anzalna kini masih solo dan mahu fokus pada karier. Eh ye ke ni? Hehehe, elok gak tu, Anzalna.

Selain drama Gemersik Kalbu, Anzalna baru je habis berlakon dalam filem Sepah The Movie. Kepada pembaca budiey.com yang nak tonton drama ni, jangan lupa menontonnya mulai 2 Januari 2012 di TV3 dari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.


Gemersik Kalbu
Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Gemersik Kalbu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stesen Komuter Mid Valley & KL Sentral Berasap?

Airasia Leading Effort To Reduce Cost