in , ,

Stellar Bawa Tema Persahabatan Menerusi WHERE YOU WANNA GO

Berhasrat besar ingin menempa nama dalam industri muzik tempatan, kumpulan wanita Stellar muncul mempertaruhkan lagu pengenalan mereka berjudul Where You Wanna Go.

Kumpulan ini dianggotai Farisa, Hasya, Sheena, dan Hany, dengan misi mereka sendiri dalam memperjuang hala tuju karier mereka. 

Bukan sekadar mahu menjadi penghibur, Stellar juga sebaliknya berhajat memperkasa golongan wanita pada zaman sekarang. Demikian juga untuk lagu Where You Wanna Go ini menceritakan tentang persahabatan mereka demi menjadi seorang yang berkuasa dan berdikari. 

Final Singer Cover

Walaupun menggunakan judul inggeris, bagaimanapun ia sebuah lagu melayu yang penuh kata- kata semangat terutamanya kepada kaum wanita. Menurut Stellar, mereka menekankan bahawa setiap wanita akan rasa ‘power’ apabila menyelami maksud lagu ini. 

“Where You Wanna Go mengenai sifat perkasa seorang wanita dan tentang diri kami yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain dalam mencapai matlamat kehidupan. 

“Selain itu, mesej dalam lagu ini juga ingin disampaikan adalah tentang persahabatan antara mereka dalam membina karier sebagai kumpulan wanita menetapkan corak pemikiran serta sikap yang tepat.” 

“Lagu ini secara keseluruhannya berkaitan dengan keyakinan diri juga, antara baris yang kami tekankan dalam lagu ini seperti “Akulah ratu, dan raja sekali”. Kita tak perlu sesiapa untuk mencipta versi diri yang terbaik. Asalkan ada kita berpegang teguh dengan pendirian dan prinsip yang kuat. Ia memboleh kita untuk hadap apa pun dugaan hidup menimpa kita,” kata mereka. 

Menerusi pendirian Stellar ini, mereka jelas menekankan bahawa sebagai wanita, mereka perlu memiliki sifat berdikari dan sentiasa mahu memajukan diri. Ini kerana, sifat begitu amatlah penting agar seseorang tidak mudah ditindas. 

Penghasilan lagu ini juga mendapat semangat dan inspirasi dari insan terdekat mereka. Bagi mereka, itu merupakan pencetus utama idea dalam hasilkan lagu ini.

Dengan lirik-liriknya juga dapat memberi makna dan boleh dikaitkan dengan lagu ‘Where You Wanna Go’. Justeru, ia membawa makna yang cukup mendalam buat mereka. 

“Kami dapat inspirasi daripada semua kawan, saudara mara wanita dan juga ibu kami sendiri. Memang berkaitanlah dengan kehidupan kami sebab semua wanita yang rapat dalam hidup bahkan kami sendiri banyak harungi masalah masing-masing dan Alhamdulillah kami wanita yang tak reti mengalah.” 

“Selain itu, lagu ini cukup istimewa dalam hati kami kerana ada antara kami pernah diperlekeh oleh orang sekeliling dan dikatakan kami terlalu manja sewaktu membesar. Ia membuatkan kami terasa sunyi dalam pembesaran kami sehingga usia sekarang. 

“Namun sekarang kami tidak lagi rasa kesunyian sebegitu jika kami ada kenyakinan, serta dikelilingi oleh orang yang tepat. Lagu ‘Where You Wanna Go’ juga dapat semaikan sifat seseorang yang kami mahu jadi seperti seorang wanita yang gagah, berdikari, seksi, dan tegas dalam sesuatu perkara” kata Stellar. 

1

Kumpulan wanita dari Subang Jaya yang ditubuhkan tahun lalu ini yakin mampu memberi kelainan serta hala tuju lebih tepat. Mereka tidak putus asa dalam memperjuangkan mesej ini dan ingin pamer lebih banyak lagi kemampuan serta sisi berbezanya berbanding kumpulan wanita lain. 

“Kami juga yakin bahawa Stellar boleh pergi jauh kerana kami merupakan sahabat sejak zaman sekolah lagi. Dengan gaya kami yang berbeza, kami dapat memberikan impak lebih bermakna dengan gabungan idea berbeza. Lagi mengujakan, jika ada persaingan sebab ia akan lebih tingkatkan motivasi serta semangat yang berkobar-kobar itu.” 

“Kami berempat memang rapat sebelum wujudnya Stellar pun. Penubuhan kumpulan ini dibuat dengan memerhati dan peroleh banyak idea untuk membawa genre yang berbeza daripada orang lain. Ini baru permulaan dan kami sangat teruja,” kata mereka. 

2 (1)

Dalam pada itu, Stellar berharap mesej utama lagu ini mampu meresap ke dalam sanubari setiap pendengar khasnya wanita. Bagi mereka, wanita cukup kuat dan tabah melalui kehidupan tanpa rasa disisih. 

“Kami berharap sangat pendengar boleh kaitkan lagu ini dengan diri mereka secara tidak langsung menyebarkan mesej-mesej lagu ini kepada wanita yang lain. Walaupun kami baru bermula dan ada kekurangan, tapi kami janji akan sentiasa bekerja keras tunjuk menghasilkan karya yang terbaik buat semua pendengar.” katanya. 

‘Where You Wanna Go’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi platform penstriman muzik terpilih seperti Spotify, Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, YouTube dan YouTube Music. 

Lirik Where You Wanna Go – Stellar 

Verse 1 

Hasya

Ku tahu ke mana ingin aku pergi Ku tahu apa yang ku cari

Tak kisah tentang apa yang kau bicara Tell me what you wanna do

You wanna do

Farisa

Tak perlu sesiapa untuk ku berteduh Aku tahu aku ni siapa

Ingin ku bawamu kembara duniaku Tell me what you wanna do

You wanna do

Pre Chorus Farisa Akulah ratu

Dan raja sekali Rupaku lembut Langkahku gergasi

Hasya

I’m on a I’m on a throne I got it I got it covered We got it under control

Chorus Hany

Tell me tell me Where you wanna go 

Sheena

Tell me tell me Where you wanna go

Biarku bawamu Ku lebih lebih tahu Ikut saja aku Biarku bawamu Ku lebih lebih tahu Ikut saja aku

Rap Verse Hany

Ku tahu apa aku mahu Mampu aku cari Semua yang ku ada Hasil aku sendiri

Now watch me take it, take it, take it, to the sky in a bit

Don’t have no time to, time to, time to wait around for it

Akan ku terus menerus menerus We go up up & away

Akan ku tungkus bertungkus lumus Takkan aku ke tepi

Pre Chorus Farisa Akulah ratu

Dan raja sekali Rupaku lembut Langkahku gergasi

Sheena

I’m on a I’m on a throne I got it I got it covered We got it under control

Chorus Hany

Tell me tell me Where you wanna go

 Sheena

Tell me tell me Where you wanna go

Biarku bawamu Ku lebih lebih tahu Ikut saja aku Biarku bawamu Ku lebih lebih tahu Ikut saja aku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harith Iskander

Spilt Gravy/Ke Mana Tumpahnya Kuah Raih Tujuh Trofi Termasuk Filem Terbaik

TRAVEL

TGV Buka Cawangan Ke-39, Multiplex 16 Dewan di Pavilion Bukit Jalil