in , ,

Astro Lancarkan Saluran Istimewa STAY HOME CONCERT

Pelanggan Astro boleh menikmati lebih 30 konsert lokal dan antarabangsa di saluran CH700 mulai 14 hingga 28 April 2020

Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran muzik dan konsert baharu, ‘Stay Home Concert’ menerusi CH700 mulai 14 hingga 28 April melalui on demand dan secara strim di Astro GO. ‘Stay Home Concert’ menawarkan pelanggan Astro pelbagai konsert terbaik dari artis lokal, antarabangsa dan K-Pop dengan kerjasama Universal Music Malaysia, Warner Music Malaysia, MTV, ONE TV Asia, K-Plus, Malaysian Philharmonic Orchestra dan banyak lagi.

Pelanggan boleh menikmati lebih 30 concert dari ikon-ikon muzik pop, siri muzik global, rancangan muzik popular Korea, dokumentari istimewa serta biopik, muzik dari genre kanak-kanak, wawancara bersama artis, dan persembahan akustik ‘unplugged’ khas, terus dari ruang tamu masing-masing.

Stay Home Concert

Antara konsert antarabangsa termasuklah: Coldplay Live in Sao Paolo, Ed Sheeran Jumpers for Goalposts: Live at Wembley Stadium, U2 360° at the Rose Bowl, Taylor Swift – Speak Now World Tour Live Concert, Spice Girls – Live at Wembley Stadium, Katy Perry – The Prismatic World Tour Live, Eminem – Live From NYC, Muse on MTV’s World Stage, dan banyak lagi;

Tayangan istimewa One World: Together At Home yang dihoskan Jimmy Fallon, Jimmy Kimmel danStephen Colbert, dengan kemunculan Lady Gaga, Billie Eilish, Shah Rukh Khan, Lang Lang, David Beckham, Idris dan Sabrina Elba, Stevie Wonder dan ramai lagi; 

Ikon muzik malar segar The Beatles – Live at the Washington Coliseum dan The Eagles Live in Melbourne dan banyak lagi;

Sensasi K-Pop seperti BTS, BLACKPINK, Twice, Red Velvet, EXO, GOT7, Seventeen dan banyak lagi di SBS Gayo Daejon 2019 & 2018, SBS Super Concert series, MBC Korean Music Festival 2019, 2019 KCON NY

Penghibur tersohor Sammi Cheng dalam Sammi Touch Mi 2 Live dan Grasshopper dalam Grasshopper Live Goes On World Tour 2017;

Sesi akustik di MTV Unplugged bersama Elton John, Liam Gallagher dan Shawn Mendes serta Ria Unplugged bersama artis-artis lokal

Lagenda tanah air seperti Sheila Majid, M. Nasir, Ramli Sarip, Wings, KRU and Anuar Zain, dan Konsert Gergasi KRU 25, 25 Years of Sheila Majid, Konsert Wings: Best of Rock, Konsert Zaman Ramli Sarip 1 & 2, Konsert Throwbaek 2019 dan konsert oleh penyanyi-penyanyi lokal berbangsa India, Endrume Raja Concert 2017, Ellorum Kondaduvom Concert 2016, dan banyak lagi;

Dokumentari dan rancangan hiburan istimewa seperti Fenomena Gergasi KRU25, Pesta Muda Mudi, BTS Entertainment Chronicles, temubual Korek Fizikal bersama M Nasir, Yuna, Noh Salleh, Monoloque, biopik istimewa Saloma: Mencuri Guruh & Pandang Kaseh dan banyak lagi;

Konsert khas buat kanak-kanak bersama Daiyan Trisha dalam Dee Telemovie serta konsert Tong Tong Wonderland – The Five Elves: A Magical Journey Musical Show and Happy Castle Live Concert Special, dan banyak lagi.

PESANAN ISTIMEWA BUAT BARISAN HADAPAN

Mulai 19 hingga 28 April, pelanggan Astro boleh menunjukkan sokongan mereka kepada pekerja barisan hadapan dengan menujukan pesanan istimewa sebagai kata-kata semangat melalui saluran istimewa ini:

Hantarkan pesanan kepada pekerja barisan hadapan melalui aplikasi Twitter dengan tanda pagar #TQFrontliners #AstroStayHomeConcert.

Pelanggan Astro juga boleh memberi sumbangan melalui ‘Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 Sinar Harian’. Untuk maklumat lanjut mengenai tabung sumbangan ini, layari https://www.ideaktiv.com/tabung-bantuan-frontliners-covid-19/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zara Zya Kini Bahagia, Ini Pula Komen & Reaksi Hafreez Adam

tony fernandes airasia-2020

Scam! Hati-Hati, Ini Satu Penipuan Guna Nama Tony Fernandes Foundation