in , ,

Scam! Hati-Hati, Ini Satu Penipuan Guna Nama Tony Fernandes Foundation

Hati-hati gais dengan penipuan ni. Macam-macam scammer boleh tipu kita. Jangan pula ada yang terkena. Kami ingatkan korang je ni.

AirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui laman Facebook yang menyalahgunakan nama Tan Sri Tony Fernandes dan Tony Fernandes Foundation untuk menawarkan projek tidak wujud dan keahlian yayasan tersebut.

AirAsia ingin menekankan bahawa syarikat ini tidak menubuhkan yayasan lain selain daripada Yayasan AirAsia. Justeru, Tony Fernandes Foundation tiada kaitan dengan AirAsia atau Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Sebarang mesej daripada Tan Sri Tony Fernandes atau Mark Kelvin seperti yang tertera atau dihantar melalui Tony Fernandes Foundation adalah palsu.

airasia

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita rasmi syarikat. AirAsia tidak akan memohon data atau butir-butir peribadi anda tanpa kebenaran secara sah.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau jika anda ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila hubungi kami melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:

Facebook: facebook.com/airasia
Twitter: twitter.com/airasia
Khidmat Sokongan Pelanggan AirAsia: support.airasia.com

AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menggunakan jenama AirAsia untuk melakukan penipuan atau kecurian identiti.

AirAsia juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berikutan skim palsu ini yang tidak melibatkan kakitangan rasmi syarikat penerbangan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancarkan Saluran Istimewa STAY HOME CONCERT

Hikmah Sebalik Covid-19, Issey Teruja Isteri Dapat Pindah Kerja di KL