in , ,

HONOR Pad 9 Tablet Terbaik Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Selepas dilancarkan bersama telefon pintar flagship baharu Siri Magic HONOR pada minggu lalu, HONOR Pad 9 boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai esok.

Tablet terbaharu ini mempunyai reka bentuk menawan dan memberi pengalaman audiovisual menakjubkan. Ia adalah peranti terbaik untuk melakukan kerja dan berhibur. 

HONOR Pad 9 tersedia dalam dua warna menarik iaitu Space Gray dan Cyan Lake. Tablet ini didatangi dalam dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G. Model Wi-Fi ditawarkan pada harga RM1,499 dan akan mula dijual seluruh negara pada 28 Mac. 

Turut disertakan adalah hadiah percuma bernilai RM698, termasuk papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard dan pen HONOR CHOICE Pencil. Dengan aksesori tersebut, HONOR Pad 9 pasti melancarkan tugasan pengguna sama ada untuk belajar, kerja atau menghasilkan seni. 

HONOR Pad 9 Tablet Terbaik Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

HONOR Pad 9 boleh dibeli di pelbagai platform seperti laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan juga pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic. 

Sementara itu, HONOR Pad 9 edisi 5G akan mula dijual pada 19 April ini. Berikut beberapa ciri menarik tentang tablet tersebut. 

HONOR Pad 9 Tablet Terbaik Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci

Pengguna pasti terpesona dengan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci yang menakjubkan. HONOR Pad 9 mempunyai kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan adalah 88%, menghasilkan imej yang jelas dan terang. Menampilkan resolusi 2560×1600 piksel dan menyokong 1.07 bilion warna, tablet ini menjanjikan pengalaman visual menyeronokkan.

HONOR Pad 9 turut mengutamakan kesihatan mata dengan menyertakan ciri-ciri keselesaan mata Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia. Kini pengguna tidak perlu bimbang keletihan mata selepas menggunakan tablet ini untuk tempoh lama. Paparan peranti ini turut menerima pensijilan daripada TÜV Rheinland untuk Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan yang meghasilkan warna lebih warm bagi tontonan lebih selesa.

Lapan Pembesar Suara Keliling

Tablet ini didatangi dengan lapan pembesar suara dengan dua di bahagian bawah peranti untuk menghasilkan audio 360 darjah bertenaga dan dinamik dari pelbagai arah untuk menghasilkan bunyi keliling yang sinematik.

Teknologi penalaan bunyi HONOR Histen dan Bidirectional Vocal Enhancement menghasilkan bunyi yang sangat jelas, sesuai untuk membuat panggilan audio atau strim video.

Storan Besar 256GB

HONOR Pad 9 hadir dengan HONOR RAM Turbo 8GB yang boleh dipertingkatkan kepada 16GB dan mempunyai 256GB untuk menyimpan lebih banyak koleksi gambar, dokumen atau video. Pada masa sama, memberi prestasi melakukan pelbagai tugas dengan lancar.

Sambungan Sepantas Kilat

HONOR Pad 9 menawarkan dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 5G. Tablet ini menjanjikan penyambungan sepantas kilat bagi membolehkan muat turun yang lebih pantas dan penstriman lancar.

Dikuasakan oleh cipset mudah alih Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, HONOR Pad 9 dimuatkan bateri berkapasiti besar 8300mAh untuk kegunaan sepanjang hari.  Dengan sekali cas, HONOR Pad 9 mampu bertahan sehingga 11 jam penstriman video, 11 jam melayari media sosial atau 15 jam penstriman muzik. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 35W.

Produktiviti Tahap PC

Kebolehan HONOR Pad 9 dipertingkatkan dengan dua aksesori pintar iaitu papan kekunci pintar HONOR Pad 9 Smart Bluetooth Keyboard yang memberi pengalaman seperti menggunakan laptop. Papan kekunci tersebut mempunyai sudut lebar ergonomic untuk keselesaan. 

Manakala pen HONOR CHOICE Pencil memberikan ketepatan dan kelancaran dalam setiap seretan. Pen ini mempunyai aliran dakwat dan kepekaan tekanan responsif yang mencapai tahap 4096 yang mengagumkan, sekaligus melancarkan pengalaman menulis.

Pengalaman Pintar

HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman pengguna yang canggih dengan akses kepada ciri-ciri pintar dan diperibadikan. Antaranya ialah HONOR Connect yang menyelaraskan kerjasama antara peranti untuk perkongsian rangkaian yang lancar, panggilan, pemberitahuan dan mengakses aplikasi merentas tablet dan telefon pintar. Ciri ini menyokong kolaborasi multi skrin, memperkasakan pengguna untuk menggunakan sehingga empat aplikasi serentak dengan mudah di satu skrin. 

Keupayaan pintar ini digabungkan dengan ciri keselesaan mata, kecekapan dan paparan sinematik terbaik untuk mengimbangi kerja dan berhibur.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Pad 9, layari https://www.hihonor.com/my/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Wangian Berasaskan Pastri Pertama di Malaysia dari Fazley Yaakob & ENKÉ