in ,

Spider-Man Muncul Dalam Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, trailer terbaru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR yang akan dipertontonkan esok sudah hampir pasti akan menampilkan kemunculan Spider-Man yang telah lama dinanti-nantikan oleh ramai peminat.

Spider-Man Muncul Dalam Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR Esok?

[dropcap]W[/dropcap]alaupun masih belum jelas sama ada Peter Parker akan bersama Team Iron Man atau Team Captain America atau hanya sekadar kemunculan ringkas, ternyata ini merupakan langkah pemasaran strategik untuk menangkis publisiti hebat Batman v Superman: Dawn of Justice oleh DC Comics/Warner Bros.

Khabar angin atau tidak, adalah bukan lagi rahsia bagi kita semua yang sememangnya tidak sabar untuk menantikan antara watak terutama sekali dalam Marvel Comics ini membuat penampilan sulung bersama teman-teman Avengers dalam Marvel Cinematic Universe terutamanya dalam filem ini.

Sebelum ini, Spider-Man adalah hakmilik terbitan dan edaran Sony/Columbia Pictures sebanyak lima filem (2002-2014) dan tidak dapat dikronologikan dengan filem-filem Marvel Cinematic Universe yang lain.

Namun pada tahun lalu, Disney telah membuat perjanjian dengan studio produksi tersebut yang mana Spider-Man boleh kembali semula di bawah bumbung Disney/Marvel Studios dan juga akan muncul dalam filem sulungnya di sini pada 6 Julai, 2017.

Sumber: Jeda.my

Spider-Man Muncul Dalam Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MOJO Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul KELABU

Maharaja Lawak Mega 2016 Bawa Tema MUZIKAL