in

Maharaja Lawak Mega 2016 Bawa Tema MUZIKAL

Banyak perubahan dapat disaksikan dalam persembahan peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) yang berlangsung di Theater Shah Alam, Jumaat lalu. Budiey turut hadir menonton secara langsung dan semua persembahan memang menarik cuma ada beberapa lawak yang tidak berapa nak lawak. Tak ketawa langsung pun ada.

Maharaja Lawak Mega 2016 Bawa Tema MUZIKAL

Maharaja Lawak Mega 2016 Bawa Tema MUZIKAL

[dropcap]R[/dropcap]ata-rata peserta menunjukkan peningkatan dengan memberikan persembahan yang mantap dan jalan cerita menarik menerusi tema Majlis sehingga berjaya menggeletek hati juri dan audien yang hadir.

Namun begitu, pada minggu lalu kumpulan BOS yang dianggotai Ajo, Abu dan Ezad terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan yang lain selepas menerima purata undian paling rendah daripada pihak juri dan penonton.

Pada minggu ketujuh ini, ejen-ejen lawak diberi tugasan bertemakan Muzikal yang pastinya lebih menghiburkan dan bakal mengundang gelak tawa penonton.

Lagu apa agaknya yang bakal dipersembahkan kesemua ejen-ejen lawak di pentas MLM 2016? Sama-sama kita saksikan ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spider-Man Muncul Dalam Trailer Baru CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR?

The Emblem Hotel Penuh Gaya di Kota Prague