in , ,

Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Ditayangkan 1 Jun 2023

Sony Pictures telah mengumumkan perubahan tarikh beberapa filem adiwira terbaru mereka. 

Menurut Comicbookmovie, filem animasi sekuel Spider-Man: Across The Spider-Verse Part 1 telah ditunda lebih 7 bulan iaitu dari tarikh 7 Oktober 2022 ke tarikh baru, 2 Jun 2023. Sementara bahagian keduanya, Part 2, hanya akan ditayangkan di pawagam pada 29 Mac 2024. 

Perubahan tarikh Spider-Verse pastinya mengecewakan peminat yang tidak sabar untuk menonton sekuel animasi pemenang anugerah itu. Namun, kekecewaan peminat mungkin sedikit terubat apabila tarikh tayangan Madame Web telah ditetapkan Sony. 

Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Ditayangkan 1 Jun 2023

Filem terbaru dalam Sony’s Spider-Man Universe (SPUMC) itu ditetapkan tayangan pada 7 Julai 2023. 

Butiran plot Spider-Man: Across The Spider-Verse Part 1 masih belum didedahkan, tetapi telah disahkan bahawa sekuel akan datang bakal menampilkan beberapa versi Spider-Man yang baru. Peter B. Parker Gwen Stacy, Spider-Ham, Spider-Man Noir dan SP//dr dijangka kembali, dan penjahatnya dikhabarkan adalah Johnathon Ohnn, AKA Spot. 

Bintang Insecure, Issa Rae akan membawa watak Jessica Drew aka Spider-Woman. 

Joaquim Dos Santos (Voltron: Legendary Defender; The Legend of Korra), Kemp Powers (Soul) dan Justin K. Thompson akan mengarah, manakala Phil Lord dan Chris Miller menulis lakon layar bersama David Callaham (Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings).

Lord dan Miller turut menjadi penerbit bersama Amy Pascal, Avi Arad dan Christina Steinberg. 

Sementara itu, Madame Web  dibintangi Dakota Johnson yang akan memainkan watak utama, dengan bintang Euphoria, Sydney Sweeney menyertai barisan pelakon dengan watak yang masih belum didedahkan. S.J. Clarkson (The Defenders) akan mengarah berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Matt Sazaman (Morbius) dan Burk Sharpless. 

SPIDER-MAN™: ACROSS THE SPIDER-VERSE (PART ONE)

Animated

Miles Morales returns for the next chapter of the Oscar®-winning Spider-Verse saga, an epic adventure that will transport Brooklyn’s full-time, friendly neighborhood Spider-Man across the Multiverse to join forces with Gwen Stacy and a new team of Spider-People to face off with a villain more powerful than anything they have ever encountered.

Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) is coming exclusively to movie theaters.

Directed by:

Joaquim Dos Santos, Kemp Powers & Justin K. Thompson

Screenplay by:

Phil Lord & Christopher Miller and David Callaham

Based on the MARVEL Comic Books

Produced by:Avi Arad

Amy Pascal 

Phil Lord

Christopher Miller

Christina Steinberg

Cast:Oscar Isaac

Shameik Moore

Hailee Steinfeld

MARVEL and all related character names: © & ™ 2021 MARVEL

“Academy Award®” and/or “Oscar®” is the registered trademark and service mark of the Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Ali & Boost Rekrut 10 BUDAK MERAH Misi Meriahkan Sambutan Raya

“Anggap Artis Itu Macam Budak-Budak,” – Peguam Nurul Hafidzah Hassan