in , ,

“Anggap Artis Itu Macam Budak-Budak,” – Peguam Nurul Hafidzah Hassan

Peguam Nurul Hafidzah Hassan menganggap pelakon Nabila Huda dan pengacara Awal Ashaari bersifat kebudak-budakan apabila melabelnya gila glamor selepas dia menjadi tular berikutan membela Siti Bainun dalam kes penderaan kanak-kanak sindrom down, Bella.

Nurul Hafidzah berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang peguam dan dua orang pelakon, jika ingin melahirkan rasa tidak puas hati, seharusnya marah kepada orang yang menyaman mereka.

“Saya rasa perkara tu (apa dibuat Nabila dan Awal) sangat picisan, benda tu tidak dapat membuat sesuatu perdebatan secara fakta. Sebenarnya bagi saya ia agak lucu sebab saya rasa macam kiddish begitu.

“Apa yang saya lakukan seperti hantar surat tuntutan s4man semua itu ialah proses biasa untuk membawa sesebuah kes ke mahkamah.

“Mereka sepatutnya marah orang yang saman mereka, bukan marah pada peguam. Peguam hanya melaksanakan tugas,” katanya kepada mStar.

Nabila Huda dan Awal Ashaari menyifatkan Hafidzah sebagai gila glamor.

Nurul Hafidzah diminta mengulas mengenai tindakan Nabila Huda dan Awal Ashaari yang memuat naik posting di media sosial dengan menuduh dia suka mencari publisiti.

Kedua-dua artis itu turut terkait dengan kes saman yang mana Nurul Hafidzah merupakan peguam dilantik mewakili pihak plaintif bagi menyaman mereka.

Awal pernah disaman oleh sebuah syarikat hiasan dalaman kerana memfitnah berhubung kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

Sementara Nabila Huda pula dikatakan menulis posting dengan menuduh seorang aktivis kemanusiaan menyalahgunakan barang-barang banjir.

Nurul Hafidzah kemudian menjadi medan kutukan netizen selepas dia membela Siti Bainun berhubung penderaan terhadap Bella yang turut mendapat perhatian masyarakat.
Sebenarnya bagi saya ia agak melucukan sebab saya rasa macam kiddish begitu

Selain itu, Hafidzah yang sering menerima kec4man sejak kebelakangan ini berkata, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk terus membencinya.

Bagaimanapun, dia juga mempunyai hak dalam mempertahankan dirinya jika sesuatu tuduhan itu dilihat melampau dan keterlaluan.

“Kalau mereka buat begitu supaya orang benci saya, saya tak boleh buat apa-apa… saya jadi diri sendiri saja.

“Terpulang kepada mereka. Cumanya jika mereka bercakap begitu boleh timbulkan kesan lain, saya juga berhak pertahankan diri,” ujarnya.

Terdahulu Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari tampil bersuara terhadap peguam, Nurul Hafidzah Hassan yang teruk dikecam kerana mewakili Siti Bainun dalam kes penderaan anak istimewa, adik Bella.

Glamour Dengan Tindakan Sendiri

Menerusi hantaran di Instagram, Awal memberitahu peguam itu untuk tidak mengambil tindakan fitnah di atas hantaran nya di Instagram kerana peguam itu “glamour” disebabkan tindakannya sendiri.

“Selalu awak name drop saya dalam social posting awak, sebab awak nak tumpang glamour saya. Tapi sekarang awak dah terkenal, izinkan saya pulak tumpang glamour awak.

Cuma lepas ni jangan la awak guna posting ni untuk awak charge saya fitnah awak pulak sebab awak glamour sebab tindakan awak sendiri. Saya cuma nak menumpang glamour awak je. Saya repost apa yang awak pernah post pasal saya.”-Awal Ashaari

“Menari Kat TikTok Tak Dapat Duit”

Tambahnya lagi, Awal turut menitipkan harapan buat peguam Siti Bainun agar kes saman 3 juta nya itu tidak dilakukan secara Pro Bono.

“Cuma saya harap kes saman saya 3 JUTA tu awak tak buat PRO BONO jugak lah. Sekurang-kurangnya kena lah buat jugak nak sara hidup kan. Menari kat TikTok dak dapat duit..”-Awal Ashaari

Pelbagai Reaksi Netizen, Termasuk Nabila Huda

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong kenyataan Awal malah ada yang berseloroh peguam itu bakal “koyak” dikecam lagi.

“Memalukan legal fraternity je dia ni.”

“Kau dah terkenal dik..Kau kena hadapi dengan kuat. Nah mini love untuk kau dik.”-Nabila Huda

“Alaa baru nak jadi netizen. Tengok-tengok ig dia dah jadi private acc.”

“Hahaha confirm koyak lagi.”

“Sekali dia pakat tolong orang yang aniaya insan istimewa. Habes semua kebusukannya terbongkar. Allah maha adil. Janganlah sesekali kita bersifat tidak berperikemanusiaan..”

Terdahulu, Awal Ashaari pernah berhadapan tindakan saman daripada syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry. Syarikat berkenaan mengemukakan saman RM300,000 terhadap Awal yang didakwa telah melanggar kontrak.

Naz Carpentry merupakan syarikat hiasan dalam yang terkenal dalam kalangan selebriti, individu berprofil tinggi termasuk dari kerabat diraja dan orang kenamaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Ditayangkan 1 Jun 2023

Awesome TV Himpun Lebih 150 Program Hebat Sepanjang Syawal