in , , ,

Spesifikasi Penuh Galaxy S21 Ultra Tertiris, Cipset Exynos 2100 Dengan Sokongan S Pen

Samsung dijangka bakal melancarkan siri telefon andalan mereka, siri Galaxy S21 pada 14 Januari ini. Namun, beberapa hari sebelum acara pelancaran telefon ini berlangsung, ketiga-tiga peranti siri ini sudah pun tertiris di dalam talian.

Terbaru, sebuah sumber telah menunjukkan spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S21 Ultra. Berdasarkan sumber, Samsung Galaxy S21 Ultra ini akan menggunakan reka bentuk kaca dan besi sama seperti telefon premium yang lain. Kaca yang digunakan adalah Corning Gorilla Glass Victus, kaca yang sama digunakan pada Galaxy Note20 Ultra.

Spesifikasi penuh Galaxy S21 Ultra Tertiris, cipset Exynos 2100 dengan sokongan S Pen

Galaxy S21 Ultra akan hadir dengan skrin 6.8 inci Dynamic AMOLED 2X dengan resolusi 3200 x 1440 piksel, 515 ppi, kecerahan maksimum 1600 nits dan kadar segar semula 120Hz. Skrin yang digunakan adalah kaca melengkung dengan potongan punch hole di tengah skrinnya. Skrin telefon ini juga akan hadir dengan sokongan stilus S Pen.

Selain itu, peranti ini juga akan dilengkapi cipset Exynos 2100 dengan pilihan memori RAM 12GB dan storan 128GB/256GB/512GB. Untuk pasaran Amerika Syarikat, ia akan hadir dengan cipset Snapdragon 888.

Spesifikasi penuh Galaxy S21 Ultra Tertiris, cipset Exynos 2100 dengan sokongan S Pen

Berikut adalah butiran lanjut mengenai kameranya :

Bahagian belakang (Kamera kuad)

  • 108 MP (kamera utama, f / 1.8, 79 °, 24mm, 1 / 1.33 “, 0.8 µm, OIS, AF)
  • 12 MP (lensa ultra lebar, f / 2.2, 120 °, 13mm, 1 / 2.55″, 1.4 µm, AF)
  • 10 MP (lensa telefoto, f / 2.4, 35 °, 72mm, 1 / 3.24 “, 1.22 µm, OIS, AF, 3x zum optikal)
  • 10 MP (telephoto lens, f / 4.9, 10 °, 240mm, 1 / 3.24″, 1.22 µm, OIS, AF, 3x zum optikal)
  • PDAF, Laser AF, and LED Flash

Bahagian hadapan

  • 40 MP (kamera swafoto f / 2.2, 80 °, 1 / 2.8 “, 0.7 µm, 25mm, AF)
Spesifikasi penuh Galaxy S21 Ultra Tertiris, cipset Exynos 2100 dengan sokongan S Pen

Galaxy S21 Ultra mampu untuk merakam video 8K (30fps), 4K (30/60fps), 1080p (30/60/240fps) dan 720p (sehingga 960fps).

Tambahan lagi, ia akan dilengkapi sensor cap jari dalam skrin dan menggunakan antara muka One UI 3.1 atas perisian Android 11. Bateri telefon ini adalah 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W.

Seperti siri sebelum ini, ia juga akan hadir dengan pembesar suara stereo, kalis air dan habuk IP68 dan sokongan Samsung Knox. Ia akan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Phantom Black (Hitam) dan Phantom Silver (Perak).

Akhir sekali, peranti ini bakal hadir dengan dimensi 165.1 x 75.6 x 8.9mm dengan berat 228g. Untuk harga pula, ia dikhabarkan akan dijual bermula €1,399 (~RM6929) untuk pasaran Eropah.

Perlu diingat, semua spesifikasi ini bukanlah dari sumber rasmi Samsung. Spesifikasi rasmi peranti siri S21 ini akan diberitahu sewaktu acara pelancaran tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MC Syze Bergabung dengan Joe Flizzow dalam Single Berjudul SELAMBA

Yang Ditunggu oleh Peminat Sudah Tiba, Yonnyboii Lancar Album E.P Berjudul YONNY