in , ,

Spekulasi Fattah Amin & Fazura Bernikah Masih Jadi Tanda Tanya

Memetik berita yang disiarkan dari Portal Mstar Online, spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (Selasa) kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.

fattah-fazura-tunang-dahhh-18

Sejak malam tadi, terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas dia menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”

Bagaimanapun pada awal malam Selasa, mesej ucapan itu telah hilang mungkin dibuang oleh pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak berita kesahihan khabar angin itu terus diperkatakan.

Perkongsian gambar Kaabah ini mendapat ucapan tahniah daripada peminat Fattah Amin.

Namun pada awal pagi Rabu, beberapa mesej tahniah mula muncul pada status berkenaan daripada peminat yang antara lain memberi andainan pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.

Dalam pada itu tinjauan sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu namun tidak dipastikan majlis apa yang dilakukan selain kawasan rumah berkenaan dikawal ketat, hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan menghadirinya.

Sementara itu wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga mengunci mulut berhubung perkara itu.

Pasangan berkenaan dijadualkan akan berangkat mengerjakan umrah pada pagi Rabu.

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Fattah dan Fazura digosipkan bercinta selepas mereka bergandingan dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’. FOTO: Instagram Fattah Amin.

Sebaliknya Fattah berjanji tidak akan merahsiakan hal berkenaan selain meminta doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

Mereka juga pernah dilaporkan akan bernikah di Makkah namun atas beberapa faktor, pernikahan awal terpaksa dilakukan sebelum kedua-duanya boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri.

Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

media fazura

Memetik dari berita yang disiarkan dari Harian Metro semalam, tersebar juga berita tentang spekulasi ini.

ADA khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin, keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir, malah rakan baik dan pengurus juga hadir sekali gus menimbulkan tanda tanya majlis apakah yang berlangsung di kediaman dipercayai kediaman nenek pelakon dan penyanyi, Fazura di Petaling Jaya, malam semalam.

Seawal 8 malam wartawan Harian Metro berada di situ selepas dimaklumkan oleh sumber bahawa Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah.

Bagaimanapun, menyedari kehadiran wartawan, adik serta pembantu peribadi Fazura mengawal ketat laluan masuk ke kediaman itu, malah menutup pintu pagar.

Setiap kereta yang lalu ditahan sebelum dibenarkan masuk. Berkemungkinan ia bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai jemputan.

Harian Metro juga sempat menghubungi pembantu pereka fesyen Rizman Ruzaini yang hadir ke majlis itu, bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut.

“Kenduri kesyukuran kot? Saya tak boleh nak berikan sebarang jawapan dan komen lebih lanjut,” katanya.

Sementara itu, pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai berita khabarnya pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Fazura pada malam tadi.

“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,” katanya.

Acha sebaliknya memaklumkan bahawa dia dan Fattah sedang melakukan persiapan untuk terbang ke Tanah Suci yang dijadual berlepas pagi ini.

“Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,” katanya.

Acha yang pada awalnya menafikan tidak ada sebarang majlis berlangsung bagaimanapun muncul dengan mengenakan jubah putih.

Tidak hanya itu, hasil tinjauan mendapati khemah yang didirikan di perkarangan rumah terbabit dihiasi dengan dekorasi seperti sebuah majlis perkahwinan.

Kawalan ketat juga diletakkan di jalan masuk ke kawasan perumahan terbabit.

Terdahulu pasangan ini dikhabarkan bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing mengunci mulut dan saling berteka-teki mengenai perkara itu.

Pasangan itu hanya memohon peminat untuk mendoakan yang baik-baik, malah Fazura dalam kenyataannya menerusi akhbar ini berjanji untuk berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya dengan pelakon itu.

Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Rentetan dari keserasian menerusi rantaian itu, ramai peminat yang berharap mereka bercinta.

Menguatkan lagi spekulasiFazura menghadiahlan sekotak besar coklat, 50 kuntum bunga ros merah serta kad ucapan berbentuk hati sempena ulang tahun kelahiran ke-27 Fattah pada September lalu.

Kemudian, Fattah membalas 500 kuntuman bunga mawar pada hari kelahiran Fazura yang ke-34 juga pada September lalu.

Sumber Harian Metro memaklumkan Fattah dan Fazura sudah bertunang semalam di lokasi sama.

Mengikut perancangan, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.

Sumber: Harian Metro & Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Can You Break Free from The Walking Dead Escape Room?

Selepas Setahun Berehat Stacy Lancar Muzik Video CAKAP KE TANGAN