in , ,

Sophia Zuhri Bakal Ikut Jejak Langkah Yuna & Zee Avie Di Persada Seni Antarabangsa

Kehadiran pendatang baru, Sophia Zuhri dikatakan bakal mengikut jejak langkah penyanyi Yuna dan Zee Avi yang bersinar di persada antarabangsa.

Penyanyi dan penulis lirik yang dikenali sebagai Sophia Zuhri melakukan kelainan daripada genre kebiasaan kepada gaya muzik lakuran (fusion) Britpop yang pastinya dapat memikat hati peminat pemuzik tanah air. 

Hari ini pada usia 17 tahun, Sophia telah menerbitkan single perdananya. Sophia memulakan karier nyanyian dan penulisan lagunya seawal usia 14 tahun.

Muzik sentiasa menjadi keutamaan bagi Sophia. Dengan kemahirannya bermain ukulele, Sophia menterjemahkan kehidupan sebenar melalui muzik.

Sophia Zuhri

Sophia yang mempunyai karakter pemalu dan bersederhana itu lebih selesa untuk bercakap mengenai kerjaya berbanding dirinya.

“Selalunya saya akan menulis mengenai sesuatu situasi atau keadaan yang menyentuh perasaan saya, sama ada apa yang saya alami sendiri ataupun melalui pemerhatian di sekeliling.  Secara tidak langsung saya akan memetik ukulele dan mula menulis melodi atau menyanyikan lagu menerusi telefon bimbit,” kongsi gadis itu.

Minatnya dalam bidang muzik mempertemukan dia dengan komposer, penulis lirik dan penyanyi tersohor negara, Ajai.

Ia nyata tidak mengambil masa lama untuk Ajai menerokai bakat besar gadis itu. 

Di bawah kepakaran muzik yang dimiliki Ajai, mereka berdua berkongsi minat yang sama iaitu mengagumi pemuzik serta karya muzik yang hebat.

“Saya mahu dia memiliki vokal yang lebih baik berbanding dengan apa yang dimilikinya sekarang,” tambah Ajai.

Sebagai produser, Ajai mengatakan bakat Sophia mengingatkan kepadanya ketika beliau mula-mula menceburi industri muzik pada era 90-an.

“Saya dapat melihat diri saya dalam bakat Sophia. Sejujurnya, saya tidak menerbitkan lagu kepada semua orang, tetapi Sophia berbeza. 

“Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi,” kata Ajai atau nama penuhnya, Faizal Maas.

Sophia Zuhri

Kolaborasi magis Sophia-Ajai menghasilkan nukilan Game of Charades, dengan sentuhan Britpop edgy dan lagu ini mungkin akan menjadi lagu pilihan di aplikasi penstriman muzik Spotify anda! Lagu ini bercerita tentang ketidaksempurnaan manusia. Kita juga tidak boleh menilai orang lain hanya dengan penampilan mereka.

Menerusi lagu Game Of Charades, Sophia berharap dapat berkongsi rasa dan pengalaman muziknya kepada para peminat di Malaysia. 

Dia juga menaruh harapan tinggi agar single tersebut menjadi batu loncatan buatnya mengembangkan kerjaya dalam bidang penulisan lagu, sekali gus menjadi individu yang disegani dalam industri.

Video muzik Game of Charades, yang diarahkan oleh Amani Azlin turut dilancarkan hari ini (30 Mac 2021). Peminat boleh menonton video muzik di saluran YouTube Universal Music Malaysia mulai hari ini (30 Mac 2021).

Sophia Zuhri

Video muzik yang menjalani penggambaran di UNI Studio LTE juga mendapat bantuan Pengarah Fotografi, Nicholas Chin dan Penolong Pengarah, Farah Fadzil serta pasukan penata gaya yang sangat berbakat. 

“Itu adalah pengalaman yang mendebarkan,” kata Sophia.

Bagaimanapun, sikap pengarah dan kru yang memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi membuatkan Sophia merasa selesa dan memastikan dia melakukan dengan baik. 

Hari ini menandakan satu lagi kejayaan buat Sophia kerana secara rasmi menjadi komposer dan penulis lirik yang ditandatangani di bawah Universal Music Publishing Sdn Bhd.

Game of Charades, diedarkan oleh Universal Music, merupakan single pertama dari album dengan lima lagu yang akan dilancarkan pada suku ke-3 2021.

SONG INFO 

Song  title                     :  GAME OF CHARADES

Duration of song            :  4.00mins

Singer                          :  SOPHIA ZUHRI

Producer                      :  AJAI

Composer/ Publishing   :  SOPHIA ZUHRI (UNIVERSAL MUSIC PUBLISHING SDN BHD)

Lyricist/Publishing         :  SOPHIA ZUHRI (UNIVERSAL MUSIC PUBLISHING SDN BHD)

Recording Studio          :  WAKE THE BABY STUDIO

Arrangement by             :  SHARON PAUL

Programming by            :  SHARON PAUL

Vocal arrangement by   :  AJAI

Backing vocal by           :  AJAI 

Musician’s info              :  Piano – Sharon Paul

                                       Guitar – John Jeeves

                                         Bassist – Daniel Foong

                                       String – Izzywan & Yip Wying Yeen

Sound engineer by        :  BARD WTBR

Mixing engineer by        :  WAN SALLEH

Mastering engineer       :  DON BARTLEY, STUDIO 301 AUSTRALIA

Mastering by                 :  DON BARTLEY, STUDIO 301 AUSTRALIA

Management                 :  INSPIRASI ENTERTAINMENT SDN BHD

Release date                :  MARCH 30, 2021 

Distribution by               :  UNIVERSAL MUSIC SDN BHD 

Game of Charades by Sophia Zuhri

Song & lyric: SOPHIA ZUHRI (Universal Music Publishing Sdn Bhd)

Verse 1

I don’t say words that I never mean

Won’t share your stories that you don’t want me to repeat

I’ll play things fairly and follow the rules

As long as you go by them too

Pre-chorus

I’m not a picture-perfect person

And no one can be

I make mistakes and I’m learning 

How to make it through the week

Chorus 

Boys will be boys and the girls will be girls

Misjudged for the actions, our looks and our words

Recite all the rules and the consequences

I’m tired of the abuse and the misconception towards

Everybody being themselves

Verse 2

You can’t cheat in a game of charades

Just follow my lead and create a new improved façade

But we know it doesn’t work 

the tables turn and you’ll end up hurt

Prepare for nothing but the worst

Pre-chorus

I’m not a picture-perfect person

And no one can be

I make mistakes and I’m learning 

Why can’t you let me be?

BACK TO – CHORUS

Instrumental

Recite all the rules and the consequences

I’m tired of the abuse and the misconception towards

Everybody being themselves

BACK TO  – CHORUS (repeat 2x)

MTV INFO:

Song title                     :  Game of Charades

Song & Lyric               :  Sophia Zuhri  @iamsophiazuhri

Producer                     :  Ajai  @byAjai

Director                       :  Amani Azlin @amania_

DOP                            :  Nicholas Chin @travellchin

Assistant Director       :  Farah Fadzil

Lighting Programming:  David Choo

Art Department           :  Studio Selepas Ribut

Shooting venue           :  UNI Studio LTE 

Shooting date             :  20th March, 2021

Styled by                     : Bidin  @byBids

Outfit by                      : PROFILE Shoot

  White top by ZARA @zara

                                      Denim by MSGM @msgm  @bluebell_malaysia

Beige jacket by Brunello Cucinelli @brunellocucunelli_brand 

  @bluebell_malaysia

Black leather jacket by All Saints @allsaints

MTV Shoot

                                      Red dress by Mirol Jonit @mode.miroljonit

                                      White dress by Wan & Mary @wan_and_mary

MUA                            : Khir Khalid  @khirkhalid

Hair by                        : Yusof Ruzaimi  @yusofruzaimi 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minuman Herba Teh Pracampur Sulur Herba Resource

Neelofa Mohon Diberikan Ruang Selesaikan Isu Langgar SOP Dengan Tenang & Tanpa Tekanan