in , ,

Sophia Albarakbah Mesra Tayang Teman Lelaki Berpelukan dalam Pawagam

Selepas agak reda dengan kontroversi membabitkan dirinya dan penyanyi popular Aliff Aziz, nama pelakon Sophia AlBarakbah kembali menjadi perhatian warganet.

Ia berikutan pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini memuatnaik sekeping gambar di Insta Story yang menunjukkan dia sedang menonton wayang bersama seorang jejaka.

Gambar terbabit memperlihatkan kemesraan Sophia bersama lelaki berjambang difahamkan kekasihnya yang juga seorang doktor.

Sophia Mesra Tayang Teman Lelaki Berpelukan dalam Pawagam

Pada mulanya, Sophia menutup wajah jejaka terbabit dengan gambar ikon kucing, sebelum menggantikan ikon kucing dengan hanya menutup mata jejaka itu sahaja.

Terdahulu, kontroversi yang tercetus membuatkan Sophia menjadi buruan media. Bagaimanapun dia mengambil pendekatan berdiam diri apabila tidak menjawab sebarang mesej dan panggilan telefon sehingga hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Netizen Terjemah Persembahan Naim Daniel Berkait Dengan Dewi Greek?

Konsep Awan Putih Terus Hidup Aina Abdul Telan Belanja RM90,000