in , ,

Ada Netizen Terjemah Persembahan Naim Daniel Berkait Dengan Dewi Greek?

Sejak semalam, persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 penyanyi Naim Daniel menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Naim yang tampil berani menyanyikan lagu berjudul Mainan dalam keadaan tergantung terbalik (upside down) sepanjang persembahan mengkagumkan ramai peminat.

Susulan itu, ada yang mengakui tidak sabar untuk mendengar penjelasan Naim Daniel mengenai konsep dan maksud disebalik persembahannya itu.

Ada Netizen Terjemah Persembahan Naim Daniel Berkait Dengan Dewi Greek?

“Sumpah tak expect la performance Naim Daniel tu… tak sabar tunggu dia explain konsep dan maksud sebalik performance tu,” tulis seorang warganet.

Dalam pada itu, ada seorang warganet lain memberi pendapat peribadinya dengan menterjemahkan persembahan Naim seperti mencabar Aphrodite iaitu Dewi Yunani yang terkenal dengan kuasa cinta

“Mainan (lagu) itu kira macam cabar Aphrodite (dewi Yunani yang terkenal dengan kuasa cintanya) rules la kan.

Ada Netizen Terjemah Persembahan Naim Daniel Berkait Dengan Dewi Greek?

“Walaupun dorang dah diukir jadi batu, manusia masih percaya. Cuba pusingkan kamera… Naim mewakili manusia, Geng putih itu mewakili dewa dewi Greek,” katanya.

Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa persembahan Naim malam tadi adalah berdasarkan konsep video muziknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster ‘Shazam! Fury of the Gods’ Mempamerkan Keluarga Superhero

Sophia Albarakbah Mesra Tayang Teman Lelaki Berpelukan dalam Pawagam